Menteri tidak cukup matang tangani isu media – Johan Jaafar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — “Saluran media bukan portal atau risalah rasmi kerajaan,” begitu jelas Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang kesal apabila Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil membidas siaran Facebook Berita Harian  berhubung laporan  jangkaan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Menurutnya, dakwaan Fahmi yang menyatakan laporan itu satu penipuan dan fitnah sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

“Beliau juga sepatutnya faham bahawa laporan  itu memetik pandangan dan ramalan penganalisis.

“Ini merupakan amalan  biasa dalam laporan pemberitaan bisnes dan urusniaga seperti juga pandangan penganalisis politik dipetik untuk tujuan berita atau laporan politik semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Johan berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, semua pandangan, baik yang menyokong atau menentang kerajaan seharusnya diberikan tempat.

Tambahnya, kenyataan yang dibuat oleh Fahmi itu juga telah menanamkan rasa tidak yakin orang ramai ke atas media serta menjejaskan nama baik media tempatan.

“Fahmi sebelum ini menjanjikan media bebas membuat laporan dalam kerangka undang-undang sedia ada.

“Saya juga kecewa bahawa sebelum ini menteri berkenaan melenting dengan laporan persepsi dan skor Kerajaan Perpaduan yang dibuat oleh lima media arus perdana,” katanya.

Beliau berpendapat hal ini berlaku disebabkan menteri-menteri berkenaan tidak cukup matang untuk menangani isu media.

“Saya melihat kecenderungan yang tidak sihat apabila beberapa orang menteri mempertikaikan laporan media yang tidak menyebelahi mereka”, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat