Kerangka mengagumkan

UMPAMA sudah menjadi trend hari ini apabila kebanyakan pemilik ‘rig desktop permainan’ cenderung untuk memilih kerangka (casing) bersifat moden.

Kerangka jenis ini biasanya didatangkan dengan tetingkap cermin untuk memberi nilai kosmetik kepada pengguna, sekali gus dapat melihat perkakas komponen di dalamnya selain menikmati kepelbagaian penyelerasan lampu (RGB).

Untuk itu, MSI menawarkan kerangka reka bentuk moden mereka menerusi model MPG Sekira 500X yang diklasifikasikan sebagai model kerangka untuk kelas ‘mid tower’.

MSI MPG Sekira 500X didatangkan dengan pelekap (bracket) boleh keluar khusus untuk radiator penyejuk yang ingin dipasang pengguna dan sokongan dibuat sehingga saiz radiator 360mm.

Sesuai dengan trend semasa, tetingkap MPG Sekira 500X didatangkan dengan kaca diperkukuhkan, sekali gus tidak mudah pecah untuk sebarang tekanan.

Kerangka jenis ini juga didatangkan dengan kipas yang dilengkapi lampu boleh laras (ARGB) bersama hab lapan sambungan dan sistem lampu boleh diselaraskan menerusi perisian rasmi MSI iaitu Mystic Light.

MPG Sekira 500X ini juga menyokong sambungan kad grafik pasangan menegak (vertical riser) dan ia juga boleh dipasangkan menerusi kaedah konvensional iaitu melintang.

Bagi tetapan saiz kipas pula, MPG Sekira 500X menyokong tiga jenis saiz iaitu 120mm, 140mm dan 200mm yang boleh diletakkan di beberapa tempat di sekitar kerangka berkenaan, sekali gus meningkatkan tahap penyejukan haba dalam kerangka.

 

KERANGKA MSI MPG Sekira 500X tawar pengudaraan optimum dengan sistem penyejukan terbaik dalam kelasnya.
KERANGKA MSI MPG Sekira 500X tawar pengudaraan optimum dengan sistem penyejukan terbaik dalam kelasnya.

 

Selain daripada penetapan lampu mengikut perisian, pengguna juga dilengkapi butang fizikal penyelarasan lampu LED di bahagian atas kerangka dengan sokongan sehingga tujuh mod penyeragaman tanpa sebarang masalah.

Kerangka itu juga boleh menyokong empat jenis papan induk utama iaitu E-ATX, ATX, mATX, Mini-ITX tanpa sebarang masalah sesuai dengan pemilihan pengguna.

MPG Sekira 500X didatangkan dengan lima kipas yang sudah siap dipasang iaitu satu di bahagian depan dengan ukuran 200mm, dua di bahagian atas (200mm) dan satu di bahagian belalang (120mm) dan kesemuanya mempunyai sistem ARGB.

Ujian penulis kepada kerangka ini juga sangat mengagumkan apabila haba panas di bahagian tengah daripada kesan pemanasan pemproses boleh dikeluarkan dengan mudah hasil daripada rekaan MPG Sekira 500X yang mengutamakan pengudaraan paling optimum.

Harian Metro

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Langgar SOP: ‘Awie Sudah Bayar Denda’ – Pengurus

KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie sudah membayar denda terhadap kesalahannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 baru-baru ini. Perkara...

Ramai Instafamous tak berbakat dalam lakonan

Kuala Lumpur: Penerbit Jaja Ishak tidak bersetuju dengan trend pempengaruh (instafamous) yang dipilih sebagai pelakon. Jaja berkata, dia seboleh mungkin cuba mengelak kerana ramai lagi...

Terima kasih bantu Khalis

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah banyak pihak perubatan Islam yang bantu dengan rawatan secara jarak jauh. Juga iringan doa daripada sahabat dan peminat serta rakyat Malaysia, keadaan...