Majlis ulama UMNO bagi amaran kepada DAP?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika memberi ulasan berkaitan apa sahaja perkara berkaitan dengan Islam dan umat Islam agar tidak memberi persepsi negatif sehingga ada pihak boleh “menunggang” dan memprovokasinya sebagai ancaman terhadap Islam.

Peringatan serius ini disuarakan Majlis Ulama Umno agar sensitiviti Islam di negara ini terus dipelihara.

“Majlis Ulama Umno memperingatkan pimpinan kerajaan di kalangan menteri bukan Islam terutamanya agar lebih berhati-hati ketika memberi ulasan apa sahaja perkara berkaitan dengan Islam dan umat Islam agar tidak memberi persepsi negatif sehingga ada pihak boleh “menunggang” dan memprovokasinya sebagai ancaman terhadap Islam.

“Isu terakhir adalah melibatkan Ham & Cheese Sandwich yang menggunakan logo halal Jakim palsu dan penjualan arak di kawasan majoriti orang Islam di Ipoh, Perak,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Majlis Ulama Umno lagi, Kerajaan Perpaduan yang Umno Barisan Nasional (BN) menjadi antara tonggaknya telah berjaya memperkasakan lagi Islam sehingga mekar dan subur sebagai kesinambungan usaha kerajaan-kerajaan terdahulu khususnya dalam membangunkan Islam dalam negara ini sejak merdeka.

“Kerajaan Perpaduan yang dibentuk bersama ini merupakan model terbaik bagi mengwujudkan perpaduan kaum seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah Sarawak.

“Justeru, semua parti-parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan perlulah mengekalkan keharmonian dan sensitiviti semua kaum.

“Majlis Ulama Umno akan terus berperanan menyuburkan Islam dalam negara dan mempertahankankan asas-asas utama Perlembagaan
Persekutuan melibatkan Islam, bahasa Melayu, Raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu sebagaimana prinsip yang dijunjung dalam penubuhan Kerajaan Perpaduan,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat