Kerajaan dukung titah Agong mahu lihat tadbir urus negara yang baik -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI mendukung sepenuhnya dan mengalu-alukan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebelum ini yang ingin melihat negara meneruskan tadbir urus yang baik, telus, pemacuan ekonomi yang mampan serta memberi sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan darjat hidup rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu juga merupakan hasrat jutaan rakyat Malaysia yang ingin terus melihat kestabilan negara demi kemakmuran dan kesejahteraan serta peluang dan masa hadapan yang lebih baik untuk semua.

“Lantaran itu, mari bersama kita raikan permulaan tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan senada dengan rakyat turut memanjat syukur serta menjunjung kasih atas pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sesungguhnya, pandangan jauh lagi berwawasan yang dizahirkan oleh Duli Tuanku menerusi peranan penting Baginda sebagai Raja Berperlembagaan telah memungkinkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi seperti yang kita nikmati dan saksikan pada hari ini,” kata Anwar. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat