Perkukuh Kerjasama Dengan Pelabur Asing – Anifah

- Advertisement -

KOTA KINABALU — Banyak perkara yang Sabah boleh tawarkan, terutama kepada pelabur asing, kata Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau yang baru sahaja dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri Sabah itu berkata pengalamannya sebagai bekas Menteri Luar akan dapat membantu mencapai visi ‘Sabah Maju Jaya’.

“Hajiji amat memahami kepentingan hubungan antarabangsa dalam menjayakan hala tuju ‘Sabah Maju Jaya’ terutama dalam mengukuhkan hubungan antarabangsa agar lebih banyak pelaburan asing dibawa masuk ke Sabah.

“Saya juga akan melakukan yang terbaik untuk menasihati Ketua Menteri mengenai isu berkaitan hubungan antarabangsa dalam meningkatkan imej Sabah sebagai negeri yang mesra pelabur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Ia selari dengan usaha memperkasa kerajaan negeri menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anifah berkata, melalui pelantikan itu juga menunjukkan Hajiji seorang yang berpandangan jauh dalam usaha memperkukuh hubungan antarabangsa yang akan membawa Sabah lebih maju ke hadapan.

“Ini adalah peluang yang tepat untuk Sabah bekerjasama dengan negara luar agar lebih banyak syarikat luar melabur di negeri ini,” katanya.

Anifah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor atas kepercayaan yang diberikan dalam melantik beliau bagi memegang jawatan tersebut.

“Saya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan yang lebih positif Sabah,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat