Teraju utama hampir lemas

- Advertisement -

BERDEPAN keadaan cuaca buruk termasuk ribut taufan yang melanda sepanjang penggambaran di Pulau Langkawi selain beberapa pelakon utama hampir lemas antara cabaran dihadapi produksi filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang.

Filem yang mengetengahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang menjaga keselamatan perairan negara, sentuhan Allahyarham Pitt Hanif padat aksi mendebarkan yang pastinya menyentuh emosi untuk menarik penonton ke pawagam.

Filem genre aksi unit beruniform terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Maritim Malaysia menampilkan gandingan hebat dua aktor dan aktres popular tanah air iaitu Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.

Penerbitnya, Muhammad Hady Yusry Makmor berkata, penggambaran filem mengambil masa 55 hari membabitkan lokasi penggambaran sebanyak 65 peratus di kawasan laut dan pulau di sekitar Pulau Langkawi, Kedah. Selebihnya di Kuantan dan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang.

Menurutnya, lebih seratus barisan pelakon dan kru termasuk pegawai khas dari Maritim Malaysia terbabit dalam penggambaran.

“Sepanjang 18 tahun terbabit dalam bidang pemasaran dan penerbitan filem, penggambaran filem Coast Guard adalah paling mencabar. Barisan pelakon dan kru terpaksa berkampung selama tiga bulan dalam kapal besar yang berlabuh di tengah laut untuk penggambaran filem.

“Kami juga perlu melihat jadual penggunaan aset ketenteraan Maritim Malaysia dengan keadaan cuaca, selain aset sedia ada perlu digunakan dalam operasi Maritim.

 

SAHARUL pelakon utama filem mengetengahkan kehidupan Maritim Malaysia.
SAHARUL pelakon utama filem mengetengahkan kehidupan Maritim Malaysia.

 

“Sehari selepas penggambaran selesai, arwah Pitt pula meninggal dunia. Rozita Mat Isa (Penerbit Eksekutif, Flying Deals Sdn Bhd) dan Arie Zaharie (Penerbit Arie Zaharie Production) terpaksa menyambung kerja penggambaran lagi dua peratus di lokasi darat pula.

“Bayangkan kami terpaksa mengambil alih tugas pengarah untuk menvisualkan semula untuk proses suntingan akhir filem ini,” katanya.

Tidak ketinggalan, Hady Yusry berkata, barisan pelakon utama turut berdepan detik mencemaskan ketika penggambaran babak aksi filem itu.

 

HAZAMA pegang watak Kadok.
HAZAMA pegang watak Kadok.

 

“Saharul berdepan detik mencemaskan dan hampir lemas di tengah laut ketika menunggu diselamatkan helikopter. Julia juga hampir lemas kerana topeng selam tercabut ketika menjayakan sesi latihan dalam air di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas).

“Mujur pasukan penyelamat cekap bertindak bagi membantu menyelamatkan mereka,” katanya.

Hady Yusry turut bercerita mengenai perancangan awal menerbitkan filem yang membabitkan kos sebanyak RM13 juta itu bermula sekitar 2017.

“Saya bersama Rozita dan Jason Chong selaku penulis skrip mengemukakan kertas idea kepada Maritim Malaysia untuk menerbitkan filem. Kemudian skrip dihasilkan dengan bantuan dan nasihat Maritim Malaysia melalui beberapa siri perbincangan dan penambahbaikan.

 

BABAK menarik dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang.
BABAK menarik dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang.

 

“Selepas mendapat kelulusan dan mendapat dana untuk projek filem kenegaraan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), kami mula mencari rakan penerbit untuk memulakan penggambaran.

“Akhirnya kami bertemu penerbit, Arie Zaharie yang berminat untuk bekerjasama menerbitkan filem ini,” kata Hady Yusry yang memaklumkan penggambaran filem itu bermula pada 3 Ogos hingga 24 Oktober 2019.

“Filem ini mula diarahkan pengarah Hashim Rejab dengan dibantu Allahyarham Pitt ketika itu. Bagaimanapun, Hashim terpaksa menarik diri kerana ada komitmen lain dan arwah Pitt mengambil alih mengarahkan filem sepenuhnya sehingga penggambaran selesai.

“Penggambaran filem mengambil masa 55 hari membabitkan lokasi penggambaran sebanyak 65 peratus di kawasan laut dan pulau di sekitar Pulau Langkawi, Kedah. Selebihnya di Kuantan dan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang,” katanya.

 

ANTARA aset ketenteraan yang digunakan dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang.
ANTARA aset ketenteraan yang digunakan dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang.

 

Mengulas mengenai penggambaran filem itu Hady Yusry memberitahu lebih seratus barisan pelakon dan kru termasuk pegawai khas dari Maritim Malaysia terbabit dalam penggambaran filem ini.

“Bagi menghidupkan babak, kami membina perkampungan lanun yang terpaksa diletupkan pada penghujung cerita dengan membabitkan kos RM400,000.

“Barisan pelakon seperti Saharul dan Julia Farhana juga menjalani sesi latihan ketat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah selama sebulan membabitkan aspek protokol, penggunaan senjata api, perlawanan dan sebagainya lagi,” katanya yang menyasarkan kutipan RM20 juta apabila ditayangkan di pawagam bermula 2 Februari ini.

Filem ini turut penampilan barisan pelakon hebat tanah air antaranya Adlin Aman Ramlee, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat