Raja Muda Perlis Harap Semangat Perpaduan Rakyat Terus Mekar

- Advertisement -

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat negeri ini yang menyambut perayaan itu.

Ucapan Tahun Baharu Cina itu turut dizahirkan anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah; Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail

Harapan baginda, semua rakyat Perlis berketurunan Tionghua yang menyambut Tahun Baharu Cina esok terus gembira meraikan perayaan tersebut.

“Dengan harapan semoga semangat kasih sayang, saling menghormati, bertolak ansur dan perpaduan terus mekar dan sentiasa ditambah baik daripada masa ke masa dalam kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.

“Ucapan sama turut dizahirkan kepada semua rakan taulan tidak kira di mana sahaja mereka berada di dalam mahupun luar Perlis dan juga Malaysia,” titah baginda di sini hari ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat