ADUN PKR Putar Belit Untuk Kepentingan Politik Peribadi – Sivarraajh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran menyanggah kenyataan Ketua Penerangan PKR, Muhammad Arafat Varisai Mahamad berhubung isu pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam di Pulau Pinang dan Kedah.

Menerusi laporan media sebelum ini, Arafat mendakwa Sivarraajh sengaja mengelak dan tidak memberi jawapan tepat terutamanya berhubung pendirian parti ketika diasak isu berkenaan.

Bahkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta itu mengatakan seolah-olah parti kaum India terbesar itu ‘dikawal’ oleh Pas di Kedah dan pusat kerana takut hilang kedudukan dalam kerajaan.

“MIC tidak perlu dan tidak akan takut dengan siapa-siapa.

“Kerjasama antara MIC dan Pas biar melalui Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional tidak bermaksud MIC akan atau perlu berdiam apabila tindakan mana-mana pemimpin dalam gabungan tersebut bersifat tidak menghormati dan tidak adil terhadap masyarakat India.

“Jika sesebuah tindakan itu tidak menghormati masyarakat India, MIC akan tetap bersuara – tak kira kawan ataupun lawan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tegasnya, tidak timbul isu MIC takut kepada Pas kerana beberapa pemimpin MIC juga lantang mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara itu baru-baru ini.
“Tan Sri SA Vigneswaran sendiri telah menyatakan MIC sukar untuk kerjasama dengan Pas di Kedah.

“Timbalan Presiden MIC – YB Datuk Seri M Saravanan juga telah mendesak kepimpinan Pas supaya sekolahkan Sanusi supaya belajar menghormati sensitiviti keagamaan melalui satu kenyataan pada 21 Januari 2021.

“Tidak cukup dengan itu, pelbagai lagi kenyataan mengkritik tindakan Sanusi di Kedah secara terbuka telah pun dikeluarkan oleh kepimpinan MIC di semua peringkat. Jadi apa yang Arafat cuba maksudkan dengan MIC takut dengan Pas?” soal beliau.

Dalam pada itu, Sivarraajh menyatakan beliau pelik dengan sikap Arafat yang tiba-tiba ambil peduli perihal Pas dan MIC.

“Apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah, tidak pernah sekali pun saya lihat beliau keluarkan sebarang kenyataan menegur kepimpinan Pakatan Harapan biarpun pelbagai tindakan mereka menyusahkan rakyat mahupun kepimpinan parti beliau.

“Tidak pernah pun saya lihat Arafat menegur Tun Dr Mahathir Mohamad biarpun Tun Dr Mahathir tidak tunaikan janji untuk menjadikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Tidak pernah pun saya lihat Arafat menegur Menteri Pakatan Harapan yang bertindak salah termasuk menipu soal kelayakan akademik, menipu soal manifesto, memotong pelbagai bantuan rakyat terbanyak dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut berpesan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta itu supaya tidak menggunakan isu keagamaan untuk mengaut keuntungan politik – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,497FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat