400 sukarelawan KPLB berbakti di Bukit Changgang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lebih 400 orang sukarelawan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) turun padang di Bukit Changgang, Kuala Langat bagi meneruskan misi gotong royong dan pembaikan barangan elektrik pasca banjir di kampung-kampung sekitar kawasan terjejas itu.

KPLB dalam kenyataan media memaklumkan, empat buah kampung termasuk Kampung Orang Asli (KOA) dijadikan sebagai kampung angkat oleh KPLB.

Untuk rekod sebanyak 1,700 kediaman daripada 2,200 kediaman terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

“Kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Bukit Changgang, Kampung Labuhan Dagang, Rancangan Tanah Berkelompok Bukit Changgang dan Kampung Orang Asli Paya Rumput,” katanya.

Turut hadir mengetuai misi KPLB adalah Ketua Setiausaha, Datuk Ramlan Harun, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Che Murad Sayang Ramjan, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin, KetuaPengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf serta pegawai dan kakitangan KPLB dan Agensi.

Katanya, pihak KPLB turut menggerakkan pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan elektrik di bawah institusi agensi iaitu KEDA dan MARA untuk melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian dan pembaikan barangan elektrik.

“Misi yang dilaksanakan oleh KPLB ini adalah selaras dengan saranan Ketua Setiusaha Negara dalam menggerakkan agensi kerajaan serta menjadikan kawasan yang terjejas banjir sebagai kawasan angkat dalam memastikan pemulihan pasca banjir dapat dilaksanakan segera.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan selama seminggu di kawasan Bukit Changgang dalam memastikan kehidupan masyarakat yang terlibat dapat dipulihkan seterusnya diteruskan seperti biasa,” kata kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat