Seludup Daging: Penubuhan RCI Langkah Terbaik – Zulkifli

Peningkatan Kes COVID-19 Kluster Tempat Kerja Membimbangkan – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meluahkan kebimbangannya mengenai peningkatan jumlah kluster membabitkan tempat kerja mutakhir ini. Beliau berkata, sejak...

Protes Rusia: Polis Guna Kekerasan Lerai Demonstrasi

POLIS Rusia menahan lebih 2,500 penunjuk perasaan dan menggunakan kekerasan untuk meleraikan demonstrasi di beberapa bandar di negara itu. Dianggarkan 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan...

Bunuh Diri: Lelaki Ditemukan Maut Di Bilik Hotel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri, dalam sebuah bilik hotel di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam. Polis menerima...

COVID-19: Percaya Dengan Sirap Herba, Akhirnya Menteri Kesihatan Sri Lanka Disahkan Positif

MENTERI Kesihatan Sri Lanka, Pavithra Wanniarachchi disahkan positif COVID-19. Beliau sebelum ini dikritik kerana menyokong dan mengamalkan minum sirap herba yang dibuat oleh bomoh, kononnya...

Tablet Sumbangan Ebit Lew ‘Talian Hayat’ Untuk Tiga Pelajar Autisme

KUALA LUMPUR: Rasa sedih seorang ibu tunggal apabila komputer terpakai yang dibelinya secara dalam talian tahun lepas untuk tiga anaknya yang menghidap autisme dan...

KUALA LUMPUR: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu penyeludupan daging yang menyalahgunakan logo halal adalah langkah terbaik bagi menyiasat isu tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan berkata usaha dan hasrat yang murni ini telah dipersetujui dengan pihak terlibat dan dilihat penting demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia.

Terdahulu di Dewan Negara, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid mengumumkan kerajaan bersetuju dan menyokong penuh cadangan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat isu penyeludupan daging yang menyalahgunakan logo halal.

Jelas Rosol, kerajaan memandang serius isu kartel daging haram yang menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Dalam pada itu, Zulkifli turut menyambut baik hasrat KPDNHEP untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundangan dan Penguatkuasaan Halal bagi menyelaraskan tindakan dan isu berkaitan halal, yang akan turut dianggotai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Zulkifli berkata beliau dan Jakim mengambil prihatin dan meletakkan kecaknaan yang penuh terhadap isu pemalsuan logo halal dalam kes kartel daging haram baru-baru ini termasuk mengadakan beberapa lawatan ke syarikat pemain industri yang terlibat dalam pengimportan dan penyembelihan daging.

“Usaha ini dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pensijilan halal produk-produk daging yang dihasilkan di dalam negara adalah di tahap yang terbaik.

“Bagi produk daging import, Jakim akan terus menggiatkan usaha dan penambahbaikan bagi memastikan Badan Pensijilan Halal Luar negara mematuhi semua standard yang telah ditetapkan,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Berita Berkaitan

Bunuh Diri: Lelaki Ditemukan Maut Di Bilik Hotel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri, dalam sebuah bilik hotel di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam. Polis menerima...

Tablet Sumbangan Ebit Lew ‘Talian Hayat’ Untuk Tiga Pelajar Autisme

KUALA LUMPUR: Rasa sedih seorang ibu tunggal apabila komputer terpakai yang dibelinya secara dalam talian tahun lepas untuk tiga anaknya yang menghidap autisme dan...

Empat Ditahan Disyaki Ugut Pekerja Syarikat Lunas Hutang Along 10 tahun Lepas

KUALA LUMPUR - Empat individu ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Petaling Jaya semalam kerana disyaki mengugut seorang pekerja syarikat swasta yang mendapatkan...