PAS mahu kerjasama UMNO, BERSATU diperkukuhkan hadapi PRU-15

543 pekerja Poh Huat positif Covid-19

KUALA LUMPUR - Seramai 543 pekerja syarikat pengeluar perabot Poh Huat Furniture Industries Sdn Bhd (PHFI) dilaporkan positif Covid-19. Susulan itu Poh Huat Furniture akan...

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi...

Dari Rock Ke Nasyid, Netizen Terhibur Dengan Lagu PKP 2.0 Oleh AG Coco

Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta...

Tiada sebarang pembikinan siri Harry Potter

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max. Warner Bros dan HBO Max dalam...

Jisoo BLACKPINK suka bahunya ditepuk-tepuk

Jakarta: Anggota BLACKPINK, Jisoo mengakui saat paling manis ketika bersama anggota lain adalah sewaktu bahunya ditepuk-tepuk terutama, ketika dia bersedih. Baginya, tepukan hangat dibahu itu...

KOTA BHARU: PAS bersedia menjadi jambatan dalam mengukuhkan hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk membentuk kerajaan yang lebih kuat dan stabil bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata ia sering ditegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan memperkasakan Perikatan Nasional (PN) di peringkat persekutuan.

Nik Amar Abdullah

“Kalau kita nak menjadi kerajaan yang gagah, dalam pilihan raya akan datang ini perlu ada kerjasama yang mantap antara PAS, UMNO dan BERSATU… pengalaman yang lepas kita lihat kerajaan ini tidak stabil kerana jumlahnya (majoriti) kecil.

“Baru-baru ini dalam Belanjawan 2021, kita berjaya dengan undian 111 bagi kerajaan Perikatan Nasional dan 108 pembangkang, berbeza tiga undi… jadi dengan undian itu kerajaan jadi tidak stabil dan menjejaskan keyakinan pelabur,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, dalam PN tidak ada satu pun parti yang boleh bergerak sendiri bagi menghadapi PRU-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa tahun depan.

“Saya pernah sebut sebelum ini, ketiga-tiga parti ini iaitu PAS, UMNO dan BERSATU secara asasnya tidak ada satu pun yang boleh berdiri sendiri. Jadi disebabkan itu kita mesti merapatkan persefahaman dan mengurangkan pertembungan.

“Setakat ini pertemuan antara sayap parti sedang berjalan dan kita dapat maklumat hubungan itu ada, cuma secara formal dan tidak formal… tapi di semua peringkat hubungan antara PAS dan UMNO secara asasnya memang berlaku dan berjalan dengan baik,” katanya.

Mohd Amar berkata, PAS mengetahui UMNO dan BERSATU mempunyai masalah dan sewajarnya semua pihak berusaha mengetepikan pertembungan dan perselisihan, sekali gus mencari titik pertemuan untuk kepentingan bersama.

“Untuk pilihan raya akan datang… paling lewat pun pada pandangan saya secara peribadi adalah pada Jun hadapan.

“Kita nak pilihan raya akan datang ini dapat wujudkan kerajaan yang lebih gagah dan stabil, yang bukan hanya menjaga kepentingan orang Melayu, Islam tetapi seluruh rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, beliau difahamkan MN tidak boleh didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) disebabkan nama itu sudah digunakan pihak lain.

“Nama tu sudah ada didaftarkan di ROS dan kita tidak tahu macam mana… itu yang saya difahamkan… sebab itu kita tidak boleh nak daftar, kalau nak daftar kena buat perubahan nama.

“Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada lagi cadangan nama lain… untuk kita berjalan kita kekalkan dengan Muafakat Nasional cuma tidak daftar,” katanya.

-BERITA HARIAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

543 pekerja Poh Huat positif Covid-19

KUALA LUMPUR - Seramai 543 pekerja syarikat pengeluar perabot Poh Huat Furniture Industries Sdn Bhd (PHFI) dilaporkan positif Covid-19. Susulan itu Poh Huat Furniture akan...

Beri kupon komputer riba bantu pelajar ikuti PdPR – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Kerajaan boleh menyediakan kupon subsidi untuk pembelian komputer riba bagi meringankan beban pelajar yang tidak berkemampuan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Ketua...

PKP: Mahkamah utamakan kes berkepentingan awam, perbicaraan Najib bersambung 27 Jan

KUALA LUMPUR, 26 Jan -- Permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kesnya yang dituduh...