Ku Li: Biar Melawan, Hati Tetap Bersama UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kembali sohor mutakhir ini kerana sering melontarkan idea yang dilihat menongkah arus berbanding partinya UMNO.

Hal ini, khususnya berkaitan pendirian UMNO berhubung kerjasama politik serta sokongan terhadap Perdana Menteri dari Bersatu,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik wawancara eksklusif Malaysiakini, tindakan Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO itu berkongsi pentas dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mereka meramal kemungkinan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dua minggu lalu, mengundang kritikan daripada UMNO sendiri.

Dikatakan, ada yang sehingga mahu veteran UMNO yang dikenali dengan panggilan Ku Li itu dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti dan dipecat, meskipun hal itu nampaknya tidak akan berlaku.

Namun, bagi Tengku Razaleigh sendiri, hatinya sudah begitu sebati dengan perjuangan UMNO dan memberi bayangan bahawa beliau akan terus kekal bersama parti tersebut.

Katanya memetik laporan portal itu, sejak dahulu sehingga kini, beliau tidak pernah sekali pun meninggalkan UMNO.

“Mengapa saya nak keluar daripada UMNO? Saya memang sebati dengan UMNO.

“Itu sebab saya berada dalam UMNO sepanjang masa,” katanya ketika ditanya berkenaan kebarangkalian dia akan meninggalkan parti.

Katanya, tidak seperti tanggapan sesetengah pihak yang menuduhnya keluar UMNO untuk menubuhkan parti Semangat 46, katanya parti itu ditubuh setelah UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 1988, ekoran pertikaian mengenai perwakilan cawangan ketika itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat