Gangguan bekalan air di KL, Petaling akibat tanah runtuh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 43 kawasan di Petaling, manakala 20 lagi di ibu negara mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak malam tadi.

Bekalan air di kawasan itu terjejas berikutan pelaksanaan kerja kecemasan bagi membaiki paip terputus disebabkan tanah runtuh di Damansara Utama.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri, berkata kerja pembaikan paip yang terputus dijangka mengambil masa 30 jam dan akan siap sepenuhnya pada jam 6 pagi esok.

Katanya, pengguna akan mula mendapat bekalan air secara berperingkat selepas kerja pembaikan siap dan pemulihan sepenuhnya untuk kawasan terjejas pada jam 6 petang, Jumaat ini.

“Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan menggerakkan lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

“Pengguna boleh mendapatkan bantuan bekalan air alternatif melalui Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang disediakan bermula jam 8 pagi tadi untuk kemudahan pengguna yang terbabit, ” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Air Selangor menasihati pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) ketika mengambil bekalan air daripada lori tangki dan PKS yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat