EPL Mungkin Ditangguh

- Advertisement -

LONDON: Pengurusan tertinggi Liga Perdana berdepan penantian membimbangkan jika krisis COVID-19 tidak dapat dikawal – yang berisiko membawa kepada penangguhan jangka masa pendek.

Sheffield United mengikut langkah Manchester City melaporkan penularan virus berkenaan walaupun perlawanan mereka menentang Burnley tetap diteruskan.

Pertemuan Southampton menentang West Ham juga dilangsungkan walaupun bos mereka, Ralph Hassenhuttl mengasingkan diri di rumah selepas sorang daripada keluarganya diuji positif.

Fulham juga melaporkan beberapa kes menjelang pertemuan mereka dengan Spurs walaupun tiada permintaan untuk menangguhkan perlawanan berkenaan.

Bos Liga Perdana kini bimbang apabila mengumumkan kes teringgi COVID-19 selepas rekod tertinggi dicatatkan minggu lalu.

Badan induk itu mengesahkan 18 positif daripada 1,479 ujian dilakukan antara 21-27 Disember, melebihi rekod 16 positif dalam seminggu pada November.

Namun jumlah berkenaan tidak termasuk keputusan terkini daripada ujian terhadap City atau Blades.

Dan itu boleh membawa kepada tindakan menangguhkan seketika liga, walaupun idea berkenaan masih tidak dibincangkan di sebahagian kelab.

Liga Perdana difahamkan sedang mengkaji protokol liga untuk melihat sama ada boleh diperketatkan peraturan sedia ada bagi membendung penularan wabak berkenaan.

– BERITA HARIAN

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat