Bekalan Air 63 Kawasan Di Selangor, KL Dijangka Pulih Esok – Air Selangor

Ambil vitamin K secukupnya

VITAMIN K nutrien penting yang memainkan peranan untuk pembekuan darah, kesihatan tulang dan jantung. Kajian terkini menunjukkan vitamin K berpotensi membantu merawat penyakit osteoporosis dan...

Cinta Ben Affleck dan Ana terlerai

Los Angeles: Selepas setahun menjalin cinta, aktor Ben Affleck, 48, dan pelakon Ana de Armas, 32, mengejutkan ramai apabila memutuskan untuk berpisah. Punca utama perpisahan...

Datuk Awie dah timang anak keenam

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenam pada petang semalam. Perkara ini dizahirkan menerusi status Facebooknya yang dikongsi pada...

Burger King Malaysia Jalin Kerjasama Dengan PlayStation, Pelanggan Bakal Dapat PS5 Percuma?

Memiliki Playstation 5 (PS5) adalah impian bagi sebahagian rakyat Malaysia, dengan situasi pandemik dan arahan untuk kekal di rumah, sudah pasti masa yang terluang...

Jimat Dan Mudah, Ini Resipi Ayam Ala Kenny Roger Yang Sedap Untuk Anda Cuba

Sebut sahaja Kenny Roger semestinya anda sudah terbayang rasa dan aroma ayam panggangnya. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @bellaTutulip telah berkongsi resipi ayam ala Kenny Roger yang...

KUALA LUMPUR – Kerja pembaikan paip terputus yang mengakibatkan gangguan bekalan air membabitkan 43 lokasi di Petaling dan 20 lokasi di Kuala Lumpur susulan tanah runtuh di Damansara Utama di sini berjalan lancar dan dijangka siap awal pagi esok.

Kenyataan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan setakat 4 petang ini, kerja-kerja pembaikan paip tersebut mencapai 54 peratus siap sejak dimulakan pada 12.30 tengah malam tadi.

“Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada 6 pagi esok.

“Kerja pembaikan dilaksanakan dengan mengalih sementara paip bersaiz 1000 milimeter yang mana paip ini akan diletakkan di atas bahu jalan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) untuk menyegerakan pengagihan bekalan air kepada para pengguna yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

Air Selangor turut memaklumkan bantuan bekalan air melalui lori tangki sedang digerakkan ke kawasan terbabit bagi membantu pengguna yang terjejas.

“Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air alternatif melalui tangki statik yang diletakkan di dua Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang telah disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terbabit.

“Air Selangor menasihati para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air dari lori tangki dan PKS yang disediakan,” katanya.

Pada masa sama, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. – HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

“Terima Kasih UAE” Kata Hishammuddin

CYBERJAYA: Sumbangan kemanusiaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mangsa banjir di negeri Pahang mendapat penghargaan terima kasih daripada Menteri Luar Negeri, Dato Seri Hishammuddin...

PERMAI masih belum cukup bantu rakyat : Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap PERMAI masih kurang aspirasi dalam membantu rakyat supaya kekal tenang di rumah sekali...

Imam Masjid Shah Alam, Selangor Disahkan Positif COVID-19

SHAH ALAM: Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini...