Awie rahsia jantina anak keenam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie masih berteka-teki mengenai jantina cahaya mata keenamnya walaupun akan menyambut kelahirannya sekitar Januari depan.

Bagaimanapun, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata, dia tidak berniat untuk berahsia, cuma risau jantina bayi yang dikongsi tidak sama seperti yang dikatakan.

“Sekarang, isteri sedang menunggu hari bersalin, mungkin dalam tempoh dua minggu lagi isteri melahirkan bayi kami.

“Namun, jantinanya, biarlah rahsia dahulu. Biar sudah lahir baru saya kongsi, risau nanti lahir jantina berbeza pula. Tunggu bayi keluar, kita tahulah jantinanya,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Awie yang mendirikan rumah tangga dengan Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 33, pada Oktober 2016 itu berkata, dia kini mengamalkan kehidupan sihat demi anak-anaknya.

“Dalam usia saya mencecah 52 tahun, Alhamdulillah saya dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Saya sifatkan ia satu anugerah dan rezeki yang tiada bandingan. Jadi, apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah menjaga kesihatan supaya apabila hantar anak ke sekolah, tidaklah ada yang anggap datuk menghantar cucu.

“Perkara sebegini banyak membuatkan saya berfikir dari sudut positif, yang mana apabila buat sesuatu perkara, saya harus berhati-hati. Pada masa sama, kuatkan semangat untuk mengamalkan pemakanan sihat.

“Tambah lagi, isteri saya masih muda, nanti saya sakit, isteri pun menyampah. Jadi, saya kena menjaga kesihatan,” katanya.

 

Filem 10 Tips Tipu Bini terbitan Rumah Produksi Merah dibintangi tiga pelawak, Khir Rahman, Ropie dan Joey Daud. - Foto IG Datuk Awie
Filem 10 Tips Tipu Bini terbitan Rumah Produksi Merah dibintangi tiga pelawak, Khir Rahman, Ropie dan Joey Daud. – Foto IG Datuk Awie

 

Tidak hanya itu, Awie turut gembira apabila Januari depan, filem pertama terbitan produksinya, Rumah Produksi Merah akan menemui penonton.

“Naskhah ini ibarat rezeki yang akan lahir pada Januari nanti. Alhamdulillah, ini adalah dua rezeki Allah bagi pada saya. Saya tak sangka, filem ini keluar pada bulan sama bayi saya akan dilahirkan. Kalau tak bersyukur lagi, tak tahulah,” katanya.

Berkongsi mengenai filem komedi yang diberi judul 10 Tips Tipu Bini itu, Awie berharap filem pertamanya yang diinspirasikan menerusi kisah teman-temannya boleh memberi hiburan pada penonton walau hanya duduk di rumah.

“Ia adalah kisah komedi ringan, tetapi tak dinafikan, ia terjadi setiap hari di kalangan mereka yang sudah berkeluarga. Isu seperti ini nampak susah untuk dibincangkan, tetapi inilah hakikat yang terjadi.

“Jadi. kita bagi tips bagaimana nak tipu bini, tetapi jangan salah faham. Menerusi filem ini, kami mahu menyampaikan mesej positif kepada penonton. Antaranya, penonton wanita boleh jadikan tips ini sebagai rujukan dan membuka mata mereka, manakala lelaki boleh menjadikan ia sebagai iktibar sekiranya tiada kejujuran dalam perhubungan,” katanya.

Awie ditemui pada majlis pelancaran filem 10 Tips Tipu Bini terbitan Rumah Produksi Merah di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di ibu negara, petang semalam.

Filem arahan Azizi Chunk Adnan itu dibintangi oleh Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Elizabeth Tan, Jehan Miskin, Vicha dan Nasir Bilal Khan itu boleh ditonton menerusi pawagam di rumah, Astro First mulai 7 Januari depan. Filem 10 Tips Tipu Bini mengisahkan tiga sahabat baik yang takut dengan isteri masing-masing.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat