Wad penuh akibat COVID-19, itu berita palsu -KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke wad hanya sekitar 2 hingga 3 peratus sahaja manakala, 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 wad penuh bagi kemasukan pesakit COVID-19 di hospital telah dilaporkan.

Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa, orang ramai agar tidak mudah mempercayai mesej yang ditularkan menerusi mesej berantai yang tidak diketahui sumber kesahihannya di media sosial.

Bahkan KKM juga mengesyorkan orang ramai untuk merujuk portal KKMNOW di data.moh.gov.my untuk status semasa kes COVID-19 bagi memperjelaskan mengenai situasi ini.
“Baru-baru ini telah tular di aplikasi whatsapp berhubung dengan penularan kes COVID-19 semakin meningkat sejak 3 minggu yang lalu dan mendakwa trend berlakunya peningkatan kes adalah disebabkan oleh strain virus baharu hingga menyebabkan “1 dalam setiap 6 ke 7 orang pesakit” mendapat jangkitan paru- paru hingga memerlukan bantuan pernafasan.

“Kenyataan ini sama sekali 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫,” tegas KKM.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat