Tingkatan Enam bukan program akademik kelas kedua – Fadhlina

- Advertisement -

CHUKAI – Pendidikan Tingkatan Enam yang memerlukan pelajar menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bukan program akademik kelas kedua, malah ia setanding piawaian antarabangsa antara lain seperti Cambridge Assessment International Education.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata STPM juga bukan sahaja diterima semua universiti awam di Malaysia, tetapi juga diiktiraf lebih 2,000 universiti seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, negara Komanwel dan Asia Barat.

“Ini saya nak beritahu anak-anak, kalau ada orang beritahu anak-anak tingkatan enam ini kelas kedua, tak layak masuk universiti, suruh dia jumpa Menteri Pendidikan… sebab ketika ini kita sedang angkat tingkatan enam ini untuk memastikan ia benar-benar jadi pilihan bagi yang mahukan pendidikan lebih berkualiti.

“STPM ini peperiksaan paling susah dalam negara, jadi memang kita nak angkat tingkatan enam ini (ke peringkat lebih tinggi),” katanya dalam program Bual Bicara Profesionalisme bersama pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fadhlina turut memuji pencapaian cemerlang pelajar STPM Terengganu yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 pada 2022, selain pencapaian semua A penuh meningkat daripada 64 kepada 112 orang, tahun lepas.

“Yang ini negeri lain tak boleh cabar Terengganu, macam mana boleh cemerlang lapan tahun berturut-turut dan ini mesti diraikan dan dijual kepada awam bahawa Terengganu memiliki pendidikan yang unggul dan menyeluruh bukan di Kemaman sahaja,” katanya.

Menurut Fadhlina, kadar keciciran murid di Terengganu bagi peringkat sekolah rendah dan menengah juga lebih baik daripada kadar di peringkat nasional dengan tiada keciciran murid direkodkan di negeri itu berbanding 0.06 peratus di peringkat nasional bagi sekolah rendah dan 0.83 peratus, sekolah menengah. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat