Muhyiddin enggan runding peruntukan kerana aib dengan Umno- Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa lebih rela menanggung risiko ahli-ahli Parlimen Bersatu sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada berunding untuk mendapatkan peruntukan.

Hal ini kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi adalah kerana Muhyiddin yakin beliau kembali menjadi Perdana Menteri melalui pintu belakang.

“Sudah tentu Muhyiddin malu jika PN berunding dengan Anwar Ibrahim pasal peruntukan wakil rakyat PN. Muhyiddin lebih rela tanggung risiko ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar Ibrahim.

“Lagi pun PN masih bernafsu untuk ambil alih Putrajaya melalui pintu belakang. Muhyiddin juga yakin dia boleh kembali jadi Perdana Menteri. Maka apa perlunya berunding? dakwa Puad pada Jumaat.

Tetapi paling pokok, kata Speaker DUN Johor itu, Muhyiddin rasa amat aib dengan Umno.

“Berunding dengan Anwar umpama mengemis pada Umno kerana Umno adalah “co pilot” kerajaan perpaduan.

“Dia tahu Umno bukan penumpang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat