Dua fasal RUU GEG larang individu bawah 18 tahun merokok- Dr Zaliha

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Terdapat dua fasal dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 melarang individu di bawah 18 tahun daripada merokok susulan pengguguran empat peruntukan mengenai generasi penamat (GEG).

Perkara pertama ialah Fasal 13 bertujuan melarang penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau pada mana-mana orang yang belum dewasa.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, fasal ini juga melarang orang belum dewasa daripada membeli apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dan mana-mana orang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

“Fasal ini merupakan kesinambungan daripada larangan penjualan dan pembelian dalam kalangan mereka berusia 18 tahun di bawah undang-undang sedia ada,” katanya ketika membentangkan RUU tersebut untuk bacaan kali kedua dalam sidang Dewan Rakyat, semalam, lapor Utusan.

Perkara kedua iaitu Fasal 17 pula bertujuan melarang mana-mana orang belum dewasa daripada merokok, mengunyah atau menggunakan apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau dan mana-mana yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Katanya, bagi Fasal 13 (3) dan 17 (1), denda diperuntukkan sebanyak RM500 dan perintah khidmat masyarakat telah diperkenalkan.

“Denda bagi orang belum dewasa didapati melakukan kesalahan adalah tidak bersifat punitif sebaliknya adalah untuk memberikan kesedaran supaya mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama,” katanya.

RUU versi baharu ini merangkumi 12 bahagian dan 54 fasal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat