KPM Rangka Pelan Komprehensif, Adakan Sesi Libat Urus – Menteri Kanan Pendidikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka satu pelan komprehensif pembukaan semula sekolah bagi memastikan murid dapat kembali belajar secara bersemuka di sekolah dalam keadaan selamat.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, dalam merangka pelan ini, KPM telah mengadakan libat urus bersama-sama dengan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pelibatan Ibu Bapa Komuniti Swasta (PIBKS), guru dan murid bagi mendapatkan input serta pandangan dalam memastikan pengoperasian sekolah berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancangkan.

“Sesi libat urus juga telah diadakan bersama Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM). Dapatan daripada sesi libat urus menunjukkan guru, ibu bapa dan murid menyambut baik pengoperasian sekolah secara bersemuka.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa memantau keadaan semasa pengoperasian sekolah secara bersemuka yang bermula pada 3 Oktober 2021. Berdasarkan rekod sehingga 29 November 2021, semua sekolah rendah dan sekolah menengah bawah.

“KPM di negeri yang berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN)telah beroperasi sepenuhnya. Jumlah sekolah yang beroperasi ialah 8,166 buah sekolah, melibatkan 6,091 sekolah rendah dan 2,075 sekolah menengah. Manakala jumlah murid yang terlibat adalah seramai seramai 4,251,221 orang, iaitu 2,517,233 orang murid sekolah rendah dan 1,733,988 orang murid sekolah menengah.”, jawab Datuk Dr Radzi Jidin bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman, pada Sidang Dewan Rakyat, pada Selasa.

Terdahulu, Abdul Latiff meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan perkembangan terkini pengoperasian sekolah di seluruh negara sejak pembukaan secara berperingkat pada 3 Oktober 2021 yang lalu. Bagaimana penerimaan guru, murid dan ibu bapa secara umumnya mengenai pembukaan sekolah.

Menurutnya lagi, bagi negeri Kelantan dan Sarawak yang berada dalam Fasa 3 PPN,
terdapat 1,894 buah sekolah yang telah beroperasi, melibatkan 1,526 buah sekolah rendah dan 368 buah sekolah menengah.

“Pengoperasian secara bersemuka bagi sekolah rendah di negeri ini hanya melibatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, murid kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid prasekolah dengan jumlah keseluruhan seramai 49,563 orang.

“Bagi sekolah menengah pula, pengoperasian secara bersemuka melibatkan murid kelas peperiksaan, MBK di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas dan murid kelas PPKI dengan jumlah murid seramai 84,497 orang.” jelasnya lagi.

Katanya lagi, secara keseluruhannya, bilangan sekolah yang sedang beroperasi
adalah sebanyak 10,060 buah sekolah dan melibatkan seramai 4,385,281 orang murid.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod KPM, purata trend kehadiran murid ke sekolah bagi tempoh 3 Oktober sehingga 29 November 2021 adalah melebihi 85 peratus. Keadaan ini menunjukkan bahawa pembukaan semula sekolah secara umumnya diterima baik oleh ibu bapa dan murid. Pembukaan semula sekolah secara bersemuka juga membolehkan guru mengenal pasti tahap penguasaan murid dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian.

“KPM sentiasa komited untuk terus memastikan pengoperasian sekolah secara bersemuka berjalan dengan teratur dan selamat”. Ujar beliau. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat