Peruntukan Kementerian Kewangan Lulus

- Advertisement -

CYBERJAYA: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan menerusi undi belah bahagian.

Undi belah bahagian itu diadakan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun meminta proses belah bahagian dilakukan.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun mengumumkan keputusan tersebut selepas undi belah bahagian dijalankan.

“Seramai 107 Ahli Dewan Rakyat bersetuju, 95 tidak bersetuju dan 18 tidak hadir,

“Dengan itu, Bajet Pembangunan lulus dengan undian suara dan lebih yang bersetuju.” kata Speaker Dewan Rakyat.

Ketika pengumuman Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, Kementerian Kewangan diperuntukkan RM35.1 bilion iaitu RM20.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM14.1 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Sebelum itu, Dewan Rakyat hari ini juga meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM)  menerusi undi belah bahagian.

Keputusan undian belah bahagian bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 Peringkat Jawatankuasa bagi JPM ialah bersetuju 105, tidak bersetuju 95 dan seramai 20 orang tidak hadir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat