Solidariti bersama Palestin di konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ Pulau Pinang

- Advertisement -

Pihak penganjur Hitman Solutions melalui kolaborasi  bersama syarikat pengurusan Ella, RockQueen telah mempersembahkan satu konsert yang berjudul ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ Pulau Pinang, yang bertempat di Spice Arena, Pulau pinang pada malam sabtu lepas.

Sambutan hampir 14,000 penonton hadir dan memenuhi segenap ruang dengan kedudukan pentas yang berada di tengah-tengah arena, sorakan gemuruh peminat telah mengegarkan seluruh genap Spice Arena.

Malam persembahan bermula dengan penampilan Ratu rock negara yang berbusana serba putih sambil membawa bendera Palestin sebagai simbolik solidariti  bersama rakyat palestin yang sedang berdepan dengan kemelut kemanusian.

Ella menyeru, “Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa buat saudara kita yang terkorban dan sedang bergelut dengan konflik peperangan di sana, ‘free Palestine’!”

sebelum konsert dimulakan satu persembahan montaj 35 tahun penglibatan Ella sepanjang berada dalam industri muzik tanah air sambil diiringi kesan khas audio visual serta lagu ulek mayang.

Lagu pertama yang dipersembahkan, Risau menggamit memori kesemua penonton dengan sorakan yang gemuruh diikuti dengan Belenggu, Tiada Tangis Lagi, Sujud, Prinsip, Anak Patung, Retak, nggak Pengemis Cinta, Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Layar Impian, Kitalah Bintang, Permata Biru, Standing In The Eyes Of The World dan Gemilang dengan hampir 40 buah lagu kesemuanya.

Malam konsert turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh Kaka Azraff yang merupakan anak saudara Ella menyanyikan lagu Bawaku Pergi bersama adik Ella sendiri, penyanyi era 90-an, Korie, dan kemudian kedua-duanya menyanyikan lagu Pergilah Sayang.

Selain ahli keluarga, suami tercinta Ella, Kapten Azhar Ghazali turut berduet romantis bersamanya melalui lagu Peace Love Rindu dan Mendung Tak Bererti Hujan.

Kejutan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua, kemunculan khas Dato’ Awie berduet bersama Ella menyanyikan lagu Baldu Biru dan nyanyian solo oleh Dato’ Awie sendiri melalui lagu hitnya, Penjara Misteri.

“Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih kepada semua penonton yang sudi hadir ke konsert saya dan buat semua krew yang terlibat.

“Walaupun berdepan dengan masalah kesihatan sejak 2 minggu yang lalu oleh kerana jerebu, saya agak risau jika malam konsert terpaksa dibatalkan, tapi berbekalkan doa serta semangat dari semua, saya berjaya melunaskan tanggungjawab saya pada malam ini untuk orang-orang utara.

“Saya rasa terharu berbaur sedih kerana berpeluang dapat membuat persembahan di tempat asal kelahiran saya.

“Dan terima kasih buat semua yang ‘support’ solidariti saya terhadap Palestin melalui sumbangan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia, salah satu cara kita dapat membantu secara fizikal dan sudah pastinya doa dari anda semua.

“Peace, love, rindu. Ujar Ella

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat