KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan untuk lebih berani dalam membuat keputusan untuk negara dan tidak takut untuk dibenci.
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim malah berpandangan, Perdana Menteri tidak mempunyai pasukan yang baik.
“My opinion he has to execute more in making decision and I don’t know whether he has good team or not. Saya tak rasa dia ada team yang bagus, ini pandangan saya.
“Saya rasa memang niat nak membuat sesuatu itu ada tentunya beliau mahu melihat negara do well, itu sudah tentu tapi saya rasa he has execute a little bit more ataupun ada sedikit keberanian dalam membuat keputusan.
“Tak boleh jaga hati semua orang dia kena buat keputusan apa yang terbaik untuk negara, kadang-kadang kamu dibenci oleh kerana membuat keputusan yang baik untuk negara… sometimes you have to bite the bullet, itu pandangan saya,” ujar beliau.