Ahli Parlimen Labuan isytihar sokong kepimpinan Perdana Menteri, kekal bersama PN

- Advertisement -

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan dari Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (PN), YB Dato’ Indera Dr. Suhaili  Abdul Rahman mengisythihar memberi sokongan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuatkuasa hari ini.

Jelasnya, beliau akan terus taat, setia dan kekal sebagai Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBPM/Bersatu).

Katanya lagi, rintihan rakyat Labuan berdepan kos sara hidup yang semakin tinggi, berdepan dengan masalah bekalan air dan masalah bekalan elektrik yang dirasai hampir 15 tahun lamanya namun tindakan yang diambil untuk mengatasinya boleh dikatakan sebagai melepaskan batuk di tangga.

Tegasnya, sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri adalah tanpa sebarang paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak dan ia dilakukan dengan seikhlas hati demi kepentingan rakyat Labuan.

“Setelah mempertimbangkan dengan teliti dan secara terperinci akan rintihan rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, berdepan dengan masalah bekalan air dan bekalan elektrikyang diderirai rakyat Labuan sejak hampir 15 tahun lamanya namun tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi semua permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Labuan bolehlah dikatakan sebagai melepaskan batuk di tangga atau ‘piecemeal basis’ sahaja.

“Maka mengambil kira ke atas semua permasalahan rakyat Labuan yang saya nyatakan di atas, saya sebagai Ahli Parlimen Labuan dengan ini mengisythihar memberi sokongan kepimpinan kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke-10 berkuatkuasa tarikh kenyataan media ini dikeluarkan.

“Sukacita dimaklumkan bahawa saya turut menyatakan sokongan kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor selaku Ketua Menteri Sabah yang mana banyak membantu rakyat Labuan melalui anak syarikat GLC Negeri Sabah dari segi peluang pekerjaan dan perniagaan secara kecil-kecilan sejak mula mengambil pucuk kepimpinan Sabah,

“Bagi mengelak sebarang keraguan, saya ingin menegaskan bahawa dengan menyatakan sokongan kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri ke-10 dan juga kepimpinan YAB Ketua Menteri Sabah, saya akan terus taat, setia dan kekal sebagai Ahli Parlimen Bersatu Malaysia (PBPM/Bersatu),” kata beliau menerusi kenyataan media, pada Isnin.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuatkuasa 12 Oktober lepas,

Namun katanya, beliau tetap setia kepada partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Jelasnya lagi, langkah menyokong Perdana Menteri dan kerajaan perpaduan bagi meringankan beban yang dihadapi penduduk di kawasan undinya berhubung peningkatan kos sara hidup.

“Saya tidak akan sekali-kali mengkhianati parti saya Bersatu dalam apa jua keadaan. Saya menjunjung prinsip kesetiaan dan kesetiaan kepada parti,

“Walaupun berdepan risiko tindakan tatatertib parti, beliau tidak tahan lagi melihat kawasan undinya ketinggalan dan terabai hanya kerana perbezaan politik.

“Oleh itu, saya membuat keputusan ini bagi menyokong inisiatif kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya.

-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat