Ronaldo kembali beraksi Ahad ini

- Advertisement -

MILAN: Juventus kendalian Andrea Pirlo bertandang ke Spezia Ahad ini dengan harapan diperkuat kembali Cristiano Ronaldo selepas kekalahan kepada Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara.

Ronaldo tidak beraksi ketika kekalahan 2-0 di tangan Barca kerana masih dikuarantin selepas didapati positif COVID-19 dua minggu lalu – kekalahan pertama Pirlo sebagai pengendali.

uara Serie A itu tidak bermula baik musim ini dalam usaha mereka memburu kejuaraan liga ke-10 berturut-turut, dan gelaran elit Eropah pertama sejak tahun 1996.

Gergasi Turin itu kini di tangga kelima – empat mata di belakang AC Milan yang diterajui Zlatan Ibrahimovic – dan akan bertemu kelab kerdil dari Liguria yang berada di tangga ke-14 liga.

Juara bertahan sembilan kali itu memenangi perlawanan pembukaan ke atas Sampdoria pada September, kemenangan tunggal Serie A mereka di atas padang musim ini sebelum mencatat tiga keputusan seri.

Mereka bagaimanapun mendapat kemenangan percuma ke atas Napoli yang enggan bertandang ke Turin pada 4 Oktober kerana kes COVID-19.

“Keputusan kami tidak memenuhi piawaian sebenar kami. Kami perlu berusaha, bersatu dan memberikan persembahan terbaik kami.

“Kami kehilangan pemain penting, ia bukan alasan, ia adalah kenyataan, tetapi kami akan kembali dengan lebih baik,” kata pertahanan Juve Leonardo Bonucci.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat