PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron umum kerahan ribuan lagi tentera ke bandar utama di negara itu bagi melindungi kawasan ibadat dan sekolah.
Pengumuman menyusul selepas serangan di tengah bandar Nice yang menyaksikan tiga terbunuh.
Macron turut menggesa semua rakyat Perancis agar kembali bersatu.
“Di Perancis, hanya ada satu komuniti iaitu komuniti nasional.
“Saya mahu semua rakyat, tanpa mengira agama, sekiranya mereka percaya atau tidak, kita mesti bersatu ketika ini dan tidak menyerah kepada perpecahan.
“Saya tahu semua rakyat masih terkejut dengan kejadian ini,” kata Macron.
Suspek serangan di Nice dikenal pasti sebagai Brahim Aioussaoi yang berasal dari Tunisia.
Pendakwa raya Perancis juga dilaporkan sudah membuka kertas siasatan berhubung insiden berkenaan.
Perancis dalam pada itu meningkatkan amaran keselamatannya ke tahap tertinggi – Astro Awani