Kerajaan Timbang Beri Permit Kerja Sementara Kepada PATI – PM

Sokongan global perlu bagi tangani COVID-19

PUTRAJAYA: Usaha setiap negara menentang penularan COVID-19 ketika ini perlu mendapat sokongan dan kerjasama di peringkat global. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata saling...

Muhasabah Diri Peja – Farhash

KUALA LUMPUR – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menasihati Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya bermuhasabah diri setelah...

Zambry, Saarani Calon MB Perak Yang Baharu?

CYBERJAYA - Barisan Nasional (BN) Perak dijangka menamakan Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir sebagai calon Menteri Besar Perak menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal...

Najib Tanya Apa Jadi Kereta Terbang Nasional?

KUALA LUMPUR – Sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH) Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menerbitkan idea pengeluaran kereta terbang nasional, namun sehingga...

Terima Kasih Semua, Saya Redha – Ahmad Faizal

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menerima keputusan Dewan Undangan Negeri Perak dan tidak akan memanjangkan krisis politik ini dan akan memberi...

MUAR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang mempertimbang untuk memberi permit kerja sementara kepada pekerja asing tanpa izin yang berada di negara ini bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja asing dalam industri kelapa sawit dan getah.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berusaha mencari jalan mengatasi masalah kekurangan pekerja asing dalam industri tersebut terutama selepas pintu sempadan negara ditutup dalam usaha mengawal penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, pertimbangan itu untuk tempoh bekerja satu atau dua tahun sahaja, katanya ketika Sesi Sembang Santai bersama masyarakat Cina dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pagoh di sini hari ini.

“Beri dia lesen atau permit kerja sementara, macam bagi pengampunan atau kita gunakan istilah pemutihan. Ini sedang kita fikirkan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, demikian semasa menjawab soalan Pengerusi Persatuan Tiong Hua Bukit Pasir Er Yu Peng mengenai usaha kerajaan membantu penduduk yang terlibat dalam sektor sawit di Pagoh yang kini berdepan masalah kekurangan pekerja ekoran pandemik Covid-19.

Katanya, langkah itu akan dijelaskan dengan lebih lanjut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah kelak untuk mengelakkan ia disalah faham.

“Kerana saya takut, kalau saya kata boleh, lain kali sindiket-sindiket haram akan bawa orang (pekerja asing tanpa izin) ini masuk sini kerana dia (sindiket) kata ini tidak apa, orang Malaysia baik, Perdana Menteri dia orang baik.

“You (pekerja asing tanpa izin) duduk satu tahun sudah ada pas (sudah boleh dapat) permit untuk kerja. Itu (tanggapan begini) salah,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau sedar isu ketiadaan pekerja dalam sektor sawit dan getah menjejaskan banyak pihak kerana sering diutarakan dalam pertemuan beliau bersama penduduk setempat termasuk persatuan-persatuan masyarakat.

“Sebab itu, nanti kita tengok macam mana keadaan. Kalau boleh, kita cuba laksanakan,” katanya.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan bernilai RM5,000 kepada setiap empat NGO kawasan Parlimen Pagoh.

Empat NGO itu ialah Rumah Berhala Poh Hoon Kong Tanjung Selabu, Pertubuhan Penganut Dewa Seong Tay Kong, Persatuan Penganut Dewa Hua Kuang dan Jawatankuasa Pengurusan Perkuburan Kong Hock Tong. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Menunjuk-nunjuk ada sebab – Ustaz Ebit Lew

KUALA LUMPUR: Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir kerja kebajikan, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengaku apa yang dilakukan sekadar mengajak lebih ramai...

i-Sinar beri nafas baharu pencarum

Kuala Lumpur: Kemudahan skim i-Sinar, iaitu pengeluaran caruman daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan lapan juta ahli yang terjejas pendapatan akibat...

KWSP akan pertimbang setiap permohonan i-Sinar di bawah kategori kedua

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempertimbangkan setiap permohonan kemudahan i-Sinar di bawah kategori kedua, kata Ketua Pegawainya Tunku Alizakri Raja Muhammad...