UMNO kekal Bersama PN, Mahu PRU Selepas Covid-19 Terkawal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan akan terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataannya baru-baru ini berhubung Gencatan Politik dan Rekonsiliasi Nasional demi mendepani wabak Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.

Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengulangi dengan jelas sekali lagi bahawa UMNO menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu yang menitahkan agar politicking di negara dapat dihentikan dengan segera.

Didalam mesyuarat yang berlansung empat jam tersebut, MT UMNO juga turut membincangkan perihal Belanjawan 2021, penganguran, bayaran khas kepada barisan hadapan, tempoh moratorium, dan bantuan sara hidup kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“UMNO memperhalusi pelbagai pandangan dan harapan rakyat mengenai Belanjawan 2021 untuk diangkat kepada Kerajaan termasuklah isu perlanjutan tempoh moratorium, bantuan sara hidup kepada rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Covid-19,

“Bantuan kepada belia yang menganggur, bayaran khas kepada barisan hadapan (frontliners) dan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengembangan ekonomi negara. Lantaran itu, UMNO akan memastikan Belanjawan 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan, ujarnya.

Disamping itu, kata Ahmad Zahid lagi, sebarang tindakan mana-mana pihak yang mempersoalkan keputusan UMNO dalam mendokong titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali.

“Sekiranya pendirian UMNO dalam perkara ini masih dipersoalkan, UMNO tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas demi untuk menjaga kedaulatan Raja-raja dan kepentingan rakyat,” tegasnya.

Dalam pada itu, kata beliau lagi, semua anggota Kabinet yang mewakili UMNO diminta kekal dalam Kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan maruah parti.

“UMNO memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan bagi mengujudkan Kerajaan yang stabil dengan mengadakan Pilihanraya Umum (PRU) setelah Pandemik Covid-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum,” katanya selepas Mesyuarat Tertinggi UMNO, di Menara Dato Onn, malam tadi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat