Kini ada perisian AI mampu atasi masalah syarikat mencari pekerja dengan kemahiran khusus diperlukan

KUALA LUMPUR – Selain menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memudahkan urusan kerja di pejabat, teknologi AI juga boleh digunakan untuk menyediakan sumber manusia yang lebih terlatih dengan kemahiran yang tertentu sesuai dengan tugas yang diamanahkan.

Pengarah Urusan syarikat AG MGate Dr Faizal Shebli berkata ada perisian AI yang dibangunkan menggunakan teknologi khusus untuk menyediakan senarai tenaga kerja dengan butiran kemahiran yang lengkap untuk diambil bekerja oleh sektor industri.

“Ada jurang antara penyedia tenaga kerja seperti univesiti dan pihak industri iaitu syarikat tidak dapat mengambil pekerja yang tepat dengan kemahiran yang mereka perlukan kerana tiada perisian yang menyediakan senarai potensi individu dengan kemahiran lengkap untuk diambil bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Suara TV ketika ditemui selepas menyampaikan pembentangan beliau dalam program Dialog Industri sempena Hari Pelancongan Sedunia 2026 di Universiti HELP di ibu negara hari ini.

Menurut beliau, dengan kecanggihan teknologi AI satu perisian khusus untuk kegunaan itu dibangunkan iaitu AG One Workforce Management Suite bertujuan membangunkan landsap ekonomi kemahiran di Malaysia.

Faizal berkata dengan perisian itu, universiti yang menggunakannya akan mampu menyediakan senarai melibatkan pelajar lengkap dengan butiran kemahiran, komunikasi serta sikap yang boleh dijadikan rujukan oleh pihak industri yang mencari pekerja.

“Pihak industri bukan sahaja boleh merujuk universiti tentang kemahiran mereka bahkan mereka boleh terus membuat pilihan melibatkan pelajar berkenaan yang mempunyai kemahiran diperlukan untuk diambil bekerja,” katanya.

Bukan itu sahaja, perisian yang sama juga boleh digunakan oleh pengurusan sesebuah syarikat untuk memantau kakitangan dari aspek urusan kerja, kemahiran, komunikasi dan tingkah laku dalam syarikat untuk rujukan bahagian sumber manusia syarikat itu.

“Pengurusan petunjuk aras kerja atau KPI tidak lagi akan menjadi masalah kerana sistem tidak menyebelahi sesiapa dan ia memberikan fakta yang betul melibatkan pekerja berkaitan,” katanya.

Beliau berkata perisian itu masih baharu dan dibangunkan oleh syarikat beliau serta sistem itu adalah mampu milik dan mesra pengguna untuk digunakan.

Perisian itu juga amat sesuai digunakan oleh syarikat berkaitan pelancongan sesuai dengan dialog yang diadakan kerana industri pelancongan juga memerlukan pekerja dengan kemahiran khusus untuk mempromosikan perkhidmatan dan produk pelancongan mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat