Pelajar yatim piatu terima bantuan Yayasan Bank Rakyat

- Advertisement -

Petaling Jaya – Yayasan Bank Rakyat menghulurkan bantuan sebanyak RM3,000 kepada seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) bagi menampung kos pengajian setelah kematian ibunya pada julai lepas.

Menurut  Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Encik Syaiful Rizal Abdul Ghani,
mahasiswa tersebut Cik Nur Fatihah Mohammad, 24 telah kematian ibunya pada Julai lepas akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Manakala ayahnya pula telah meninggal dunia sejak 6 tahun yang lalu.

“Bantuan berjumlah RM3,000 tidak mampu menanggung sepenuhnya kos di sepanjang
pengajian Fatihah, namun diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat
mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung bagi membuat persiapan
kemasukan semester baru serta membeli kelengkapan pengajian yang diperlukan,”
katanya yang tampil sendiri menyampaikan sumbangan tunai di Kolej Tujuh / Kolej
Za’aba Universiti Malaya.

Nur Fatihah yang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Jurusan Geografi mempunyai 4 orang adik berusia 19, 15 dan 12 tahun yang perlu ditanggung dan beliau
kini menetap bersama ayah angkat yang mempunyai 4 orang anak kandung serta
merupakan pekerja buruh.

“Semoga bantuan ini dapat memberi semangat dan motivasi kepada Fatihah untuk
mendapat keputusan yang cemerlang serta secara tidak langsung dapat meningkatkan
sosio ekonomi keluarga di masa akan datang,” tambah Syaiful.

Syaful turut menyeru lebih banyak organisasi luar atau orang ramai dapat sama-sama membantu meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh Fatihah.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat, Khairul
Na’im Arifin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal
Abidin.

Sementara itu, Fatihah berkata, “Saya amat terharu dan berterima kasih kepada YBR
kerana sudi memberikan bantuan dan melihat sendiri keadaan saya di sini”.

Orang ramai yang ingin menghulur bantuan kepada saudari Fatihah boleh menyalurkan
bantuan dengan menghubunginya di talian 011-29332762.

Nota:
Bagi tahun 2024, Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda akan dibuka bermula 1 Oktober sehingga 30 Oktober 2024 secara atas talian. Untuk permohonan dan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang di www.yayasanbankrakyat.com.my.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat