Mungkin wujud salah laku Tommy Thomas, PM arah siasatan lanjut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa berkaitan, bagi menyiasat kemungkinan salah laku oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Ismail Sabri memberitahu Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”, tulisan Tommy Thomas, telah membentangkan laporan siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini.

“Laporan tersebut telah disediakan oleh pasukan ini dalam tempoh sembilan bulan, bermula Disember 2021 sehingga Ogos 2022, dengan memperincikan setiap dakwaan-dakwaan yang disebut oleh Tommy Thomas dalam bukunya itu.

“Berdasarkan siasatan yang telah dibuat, pasukan ini telah mengkategorikan 19 isu-isu penting yang dikesan dalam buku tersebut kepada empat isu utama iaitu
Dakwaan ke atas Badan Kehakiman; Pendedahan maklumat dan rahsia Kerajaan;
Tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian professional; dan Kenyataan berbaur hasutan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Perdana Menteri menambah, Pasukan Petugas Khas seterusnya telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.

Sehubungan itu, saya telah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa berkaitan, bagi menyiasat kemungkinan salah laku oleh Tommy Thomas.

Jelas beliau siasatan akan dijalankan antaranya di bawah; Seksyen 124(1) & Seksyen 203A Kanun Keseksaan; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat