Peragut Gagal Loloskan Diri, Ditahan Selepas Terlanggar Kereta

- Advertisement -

GOMBAK – Tindakan seorang lelaki yang meragut membawa padah apabila dia ditahan oleh orang awam ketika cuba melarikan diri di Jalan SG 3/11, Taman Sri Gombak, di sini pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.10 pagi di Balai Polis Gombak.

“Mangsa merupakan wanita tempatan berusia 33 tahun berasal dari Gombak. Semasa berada di hadapan gerai milik Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebuah motosikal jenis Yamaha LC ditunggang suspek telah meragut beg ‘clutch’ milik mangsa.

“Semasa cuba melarikan diri, suspek terlanggar sebuah kereta. Dengan bantuan orang awam di lokasi kejadian, suspek berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Zainal Mohamed berkata, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 29 tahun mempunyai 20 rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah.

Tambahnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang untuk permohonan reman pada Jumaat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan rompak yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 14 tahun dan sebat, atau denda,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat