Sam kena kuarantin di hotel

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aktor popular, Shaheizy Sam akur menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas kembali dari Sabah atas urusan keluarga.

Bukan hanya kena kuarantin, malah Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2010, 2012 dan 2014 itu terpaksa menunda majlis pelancaran produk terbaru, Pengaseh berikutan menjalani tempoh kuarantin.

“Walaupun kecewa terpaksa menangguhkan majlis pelancaran, tetapi soal keselamatan tetamu harus diutamakan.

“Saya cuba sedaya upaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), tetapi tidak tahu sejauh mana saya selamat daripada pendedahan pandemik COVID-19.

“Disebabkan itu, saya membuat keputusan untuk kuarantin diri di sebuah hotel yang berdekatan dengan rumah,” katanya yang berada di negeri bawah bayu selama lima hari atas urusan keluarga.

 

Shaheizy Sam memilih menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel yang berdekatan dengan kediamannya. - Foto IG Shaheizy Sam
Shaheizy Sam memilih menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel yang berdekatan dengan kediamannya. – Foto IG Shaheizy Sam

 

Sementara itu, biarpun terpaksa menunda majlis yang dirancang, Sam dan isterinya, Syatilla Melvin mengadakan sesi live dalam Instagram.

“Biarpun terpaksa berada dalam tempoh kuarantin, itu tidak menjadi penghalang untuk saya berkongsi apa yang ingin ditawarkan.

“Tidak hanya itu, kami ada beberapa kejutan dengan pemberian hadiah kepada pelanggan yang memberikan manfaat,” katanya.

 

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat