Menteri Luar, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, menganggap Rancangan Malaysia ke-13 (RMke-13) bukan sekadar naskah Pembangunan tetapi juga pengiktirafan berterusan usaha-usaha diplomasi Malaysia dalam Pembangunan sosioekonomi negara.
Itu ucapan penutup Tok Mat dalam sesi Pengulungan Perbahasan RMke-13 di Dewan Rakyat, kelmarin.
Yang nyata ia bukan sekadar pengulungan yang sarat dengan usaha Tok Mat di Kementerian Luar Negeri (KLN) tetapi juga mendepani pelbagai lagi usaha yang bertaraf antarabangsa dan diiktiraf peringkat global yang akhirnya dinikmati oleh orang kampung hingga pengusaha kecil dan besar yang mahu bersaing dengan dunia luar.
Tok Mat menegaskan penyertaan KLN dalam pelaksanaannya adalah Amanah besar yang akan dengan penuh komited bagi membuka lebih banyak ruang kemajuan untuk negara.
Dalam tempoh 5 tahun kehadapan banyak pendekatan telah dirangka untuk dicapai sekaligus memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya.
Ahli Parlimen Machang, Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, turut mencelah dan menegaskan, walaupun agensi Kerajaan lain seperti MITI, MARTRADE, yang kelihatan memainkan peranan yang banyak untuk menguruskan perdagangan dalam dan ke luar negara tetapi ia ditunjangi tulang belakang oleh KLN yang memulakan kemudahan perdagangan itu berlaku.
Tidak hairanlah, Datuk Seri Utama Mohamad yakin untuk memastikan setiap inisiatif diterjemahkan kepada manfaat yang jelas untuk Pembangunan nasional dan kesejahteraan rakyat.
Sejauhmana Tok Mat mengapai kejayaan diperingkat antarabangsa, rakyat akan bertanya apa orang kampung dapat manfaatnya.
Sebenarnya perjalanan Tok Mat di KLN bukan mudah kerana, apa juga yang dicapai atau diiktiraf oleh dunia luar harus dirasai oleh rakyat Malaysia. Bukan gah di luar tapi gagal menepati kehendak rakyat.
Kebijaksanaan Mohamad Hasan akan dinilai oleh rakyat yang mengundinya sejauh mana kerjanya dengan kementeriannya memberi kebaikkan kepada mereka, cucu cicit mereka dan kerjaya atau perniagaan mereka mampu diperluaskan ke dunia baru terutama bagi yang mahu berdaya saing ke peringkat global.
Bagi yang berdaya saing di peringkat dalam negara, sejauhmana kemudahan mendapatkan bahan diperlukan untuk masakan, perkhidmatan perniagaan yang mereka tawarkan mudah diperoleh untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Semua itu bermula dengan usaha diplomasi dan kerjasama dagangan yang dilakukan secara awal oleh KLN sebelum agensi Kerajaan lain memberi khidmat dan pelbagai bantuan nasihat atau geran.
Yang jelas demi kesejahteraan rakyat dan Pembangunan nasional harus selari dengan usaha KLN.
Mengambil contoh Dasar Pandang Ke Timur, ia banyak membantu mengukuhkan lagi hubungan sedia ada di antara Malaysia dan Jepun, ia melalui pengiktirafan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Semua pelajar yang dihantar belajar dan bekerja ke Jepun, mempunyai pekerjaan yang baik dan mengengam masa depan yang cerah samada dalam kerjaya mahupun perniagaan. Pertukaran pelbagai teknologi juga semakin rancak membangunkan ekonomi Jepun dan Malaysia.
Malaysia juga menjadi tumpuannya melabur dalam pelbagai sektor hingga kini.
Hubungan Malaysia dan Republik Korea yang terjalin sejak 1960 juga dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada 25 November 2024.
Manakala hubungan diplomatic Malaysia dengan Republik Rakyat China yang terjalin sejak 1974 terus berkembang maju dengan kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.
Hubungan ini dinaik taraf daripada Kerjasama Strategik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif yang menandakan pengukuhan hubungan merangkumi sedia ada dan baharu.
Walaupun China mempunyai aliran ekonomi dalam negara yang sudah cukup untuk kesejahteraan rakyatnya China tidak pernah kedudukan berkongsi kesejahteraan ekonomi itu dengan pedagang dari Malaysia sama ada kecil atau sederhana mahupun berskala besar.
Malaysia-Asean
Dari sudut ekonomi, Malaysia telah berjaya memimpin Asean dalam memperkukuhkan integrasi ekonomi ASEAN, termasuk memuktamadkan Protokol kedua bagi Meminda Perjanjian Perdagangan Bebas Asean, ia bakal ditandatangan Oktober ini.
Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke 2 dan ASEAN-GCC-China merupakan satu kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi dalam usaha memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dengan blok ekonomi luar rantau.
Bagi Penganalisis Politik Antarabangsa Datuk Dr Profesor Azmi Hasan berkata pengulungan RMKe-13 oleh Tok Mat memperlihatkan usaha berterusan Malaysia, China dan Jepun kepada nasib rakyat Palestin.
Penubuhan Bantuan Asean Kemanusiaan bagi Pembangunan semula Gaza, membantu Gaza dalam keadaan malapetaka. Malah Myanmar yang dilanda gempa bumi baru-baru ini juga satu daripada usaha ASEAN-ERAT yang ditubuhkan 2007 bagi menghadapi bencana dan mengadakan tindak balas kecemasan.
Bergerak seiring dengan NGO seperti MERCY dan MAHAR yang mahu membantu dialu-alukan penyertaan mereka bagi berkongsi kepakaran, bantuan perubatan dan rawatan kecemasan serta membangunkan semula Kawasan yang terlibat bencana.
“ Ada dua kenyataan Tok Mat mengenai Pembangunan GAZA melibatkan PBB, OIC, ASEAN, NAM, G20, BRICS bagi memastikan hak rakyat Palestin didengar” kata Profesor Dr Azmi.
Didalam kita membangunkan kepentingan negara, kita tidak lupa akan Pembangunan rakyat Islam yang memerlukan.



