Kerajaan akan kenal pasti lokasi lubang benam seluruh negara – Alexander Nanta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengenal pasti lokasi-lokasi yang berisiko tinggi terjadi lubang benam (sink hole) di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu dibincangkan dalam Kabinet baru-baru ini supaya melangkah ke depan agar fokus bagaimana mengatasi dan mengelakkan kejadian itu.

Katanya, mitigasi tersebut dilakukan menggunakan sains dan teknologi termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Kita belum kenal pasti kawasan-kawasan risiko berlaku lubang benam, tetapi kita merentasi kementerian yang terlibat dalam pembangunan dalam kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang khususnya yang turut melibatkan agensi-agensi lain.

“Jadi, memang ada dikatakan kita cuba mengenalpasti, macam cerun kita sudah kenal pasti lebih 2,000 lokasi cerun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seksyen 1 Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE), di Kuala Langat pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kebarangkalian lokasi lain yang berisiko terjadi tanah jerlus seperti berlaku di Masjid India, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, lapor Kosmo!

Dalam kejadian tersebut, seorang wanita warga India iaitu G. Vijaya Lakshmini,48, dilaporkan hilang masih belum ditemui sehingga kini.

Nanta Linggi memaklumkan kementeriannya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) membantu dari segi sumbangan teknikal dan aset kejuruteraan.

“Pada setakat ini kerja-kerja menyelamat masih dijalankan dan saya difahamkan isu tersebut diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Dr. Zaliha Mustafa), beliau sudah memberitahu kerja-kerja mencari mangsa masih dijalankan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat