KDNK Malaysia Terbaik Di Asia Tenggara – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia kini signifikan di mata dunia, malah telah membuktikan pencapaian ekonomi dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), sebanyak 8.9 peratus bagi suku kedua tahun ini.

Jelasnya beliau, Pencapaian yang direkodkan ini merupakan yang terbaik di Asia Tenggara.

Ujarnya lagi, keyakinan kepada ekonomi negara juga jelas dalam kalangan pelabur antarabangsa. Untuk separuh pertama 2022, pelaburan langsung asing (FDI) mencatat aliran langsung bersih lebih tinggi bernilai RM 41.7 bilion berbanding RM 23.3 bilion sebelum pandemik.

Ismail Sabri berkata demikian Sempena Perutusan Hari Kebangsaan 2022 yang disiarkan secara langsung melalui media elektronik, sebentar tadi.

Kata Ismail Sabri lagi, momentum pemulihan ekonomi bukan sekadar pertumbuhan KDNK, tetapi pemulihan pasaran kerja apabila kadar pengangguran menurun daripada 5.3
peratus pada Mei 2020 kepada 3.8 peratus pada Jun 2022.

“Perkembangan ekonomi yang memberangsangkan pada hari ini antara lain adalah hasil daripada dasar fiskal yang mengembang melalui Bajet 2022, dasar monetari yang kekal akomodatif serta pembukaan semula ekonomi sepenuhnya dan sempadan antarabangsa.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat