Misi Mencari Kehilangan Seorang Anggota ATM Briged PARA Akan Diperhebatkan – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, insiden kehilangan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) daripada 10 Briged (Para), Lans Koperal Mohamad Azrin sejak semalam amat membimbangkan.

Katanya, beliau akan terus pantau perkembangan ini dan pastikan TDM melakukan apa jua usaha yang terdaya demi memastikan anggota yang hilang segera ditemui.

“Saya difahamkan operasi mencari dan menyelamat masih digerakkan dengan diketuai TDM, dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam. Panglima Tentera Darat juga telah berada di lokasi kejadian sejak pagi tadi.

“Saya akan terus pantau perkembangan ini dan pastikan TDM melakukan apa jua usaha yang terdaya demi memastikan anggota yang hilang segera ditemui. Marilah kita sama-sama doakan semoga operasi pencarian ini dipermudahkan.” ujarnya yang memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Kanan Pertahanan, hari ini.

May be an image of 3 people and body of water

Sementara itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang anggota daripada 10 Briged Para iaitu Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang merupakan anggota tinjau dari pasukan Kompeni Pandura (Para) dipercayai lemas selepas hilang di Sungai Pahang.

Katanya, semasa kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu mangsa sedang melaksanakan latihan taktikal menyeberangi sungai di sekitar Kampung Batu Bor di Bera.

Katanya TDM telah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat sejak semalam namun mangsa belum ditemukan.-SuaraTV

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat