Wanita Rugi Lebih RM500,000 Terpedaya Sindiket ‘Love Scam’

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas kerugian RM508,600 selepas diperdaya sindiket Love Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah berkata, wanita berusia 58 tahun itu berkenalan dengan suspek lelaki Australia yang mendakwa mempunyai syarikat cari gali gas dan minyak melalui Facebook sejak tahun lepas.

Katanya, hubungan semakin baik antara suspek dan mangsa menyebabkan suspek meminta mangsa membantu menyelesaikan masalah kewangan syarikat yang dihadapinya.

“Mangsa terlalu mempercayai suspek sehingga sanggup menjual rumah, kereta, dan barang kemas miliknya. Selain itu, suspek turut menggunakan duit peninggalan mendiang suaminya.

“Sebanyak 48 transaksi pemindahan wang dilakukan mangsa sejak November tahun lepas. Mangsa juga didapati tidak membuat semakan terlebih dahulu dengan mana-mana pihak berkuasa,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Salleh, mangsa sedar telah ditipu suspek apabila suspek gagal dihubungi selepas diajak bertemu.

“Satu laporan dibuat di Balai Polis Johor Jaya oleh warga emas itu semalam,” katanya.

Mohd Salleh berkata, dalam minggu ini terdapat dua kes melibatkan Love Scam melibatkan warga emas dengan kerugian yang besar.

“Polis Johor menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan trend jenayah Love Scam dan sentiasa mengambil tahu isu jenayah semasa.

“Jangan sewenang-wenangnya menyerahkan wang dengan jumlah yang besar kepada individu yang tidak dikenali,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat