SPRM nafi keluar kenyataan siasat kes sogok PRK Slim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal telah mengeluarkan kenyataan media bertajuk ‘SPRM siasat pemberian wang sogokan PRK N58 DUN Slim.

Agensi berkenaan berkata, dakwaan itu timbul berkaitan siasatan video tular pemberian wang sogokan.

Bagaimanapun, SPRM dalam kenyataannya hari ini memohon semua pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menyalurkan maklumat tersebut kepada SPRM atau Polis Diraja Malaysia.

Dakwaan tidak berasas yang tersebar dalam talian itu mendakwa SPRM sedang mengesan dan menyiasat individu yang menawarkan wang sogokan kepada pengundi, selepas ia dikatakan menerima satu rakaman video pengundi ditawarkan wang untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRK Slim. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat