Muhyiddin Ucap Tahniah Kepada Zaidi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim semalam.

Perdana Menteri berkata, kemenangan calon BN membuktikan keyakinan kepada BN dan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kemenangan ini membuktikan kesepakatan BERSATU, UMNO dan PAS didalam Muafakat Nasional bagi mewujudkan kesepakatan yang jitu bagi meraih sokongan rakyat.

“Diharapkan Zaidi dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab”, kata Tan Sri Muhyiddin dalam kenyataan medianya.

Pada PRK Slim semalam, calon BN Mohd Zaidi Aziz, 43, menang selepas memperoleh 13,060 undi, manakala pencabarnya dua calon Bebas iaitu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakil Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) meraih 2,115 undi manakala bekas guru S. Santharasekaran, 44, memperoleh 276 undi. -SuaraTV

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat