Aziz Kaprawi Saran Bersatu Pertimbang Guna Logo BN Dalam PRU Akan Datang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kemenangan selesa Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim adalah isyarat jelas penerimaan logo dacing dan kerjasama Muafakat Nasional.

Menurut Datuk Aziz Kaprawi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu mempertimbangkan penggunaan logo BN ini dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam keputusan pilihanraya kecil berkenaan, calon BN bukan sahaja menerima majoriti yang lebih tinggi tetapi bilangan undi juga turut meningkat berbanding PRU ke-14.

“Peningkatan sebanyak hampir 5,000 undi membuktikan bahawa agenda Muafakat Nasional (MN) berjaya mendapat tempat di hati rakyat. Sentimen rakyat terhadap BN juga dilihat semakin positif melalui gabungan MN dan rakyat juga telah kembali menerima BN sebagai pilihan utama”, ujar bekas Timbalan Menteri Pengangkutan itu seperti dipetik dari laman Facebook miliknya.

Simbol dacing ini juga jelas beliau, telah berjaya menempa tujuh (7) kemenangan berturut-turut di PRK dan merupakan simbol yang dikenali dan diterima oleh rakyat.

Dalam pilihanraya kecil Slim yang diadakan semalam, calon BN Mohd Zaidi Abdul Aziz yang juga pemangku Ketua Bahagian UMNO Tg Malim, berjaya mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 10,945 undi, apabila mendapat 13,060 undi untuk mengalahkan dua calon bebas – peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang memperoleh 2,115 undi, dan bekas guru S Santharasekaran, 44, yang mendapat 276 undi.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat serangan jantung – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat