Aura’ Telah Hilang, Masa Untuk Mahathir Tutup Mulut – DAP Perak

- Advertisement -

Cyberjaya – Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Slim menunjukkan pengundi tidak lagi menyokong bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sepertinya Pejuang (parti baharu Tun Mahathir) tak ada tempat,” kata Abdul Aziz selepas calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang disokong Pakatan Harapan (PH) hanya mampu memperoleh 13.69 peratus undi.

Aziz yang juga merupakan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yakin ‘aura’ Dr Mahathir semakin berkurangan ekoran kegagalannya menarik sokongan penyokong Pakatan Harapan yang telah memberikan undi sebanyak 33 peratus dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

ADUN Tebing Tinggi dari DAP itu turut merasakan sekarang adalah masa bagi Mahathir ‘menutup mulutnya’.

“Bagi saya masa depan adalah dengan PH, kita bercakap mengenai sistem dua parti.

“Saya rasa di Semenanjung, pengundi tidak berminat dengan kuasa ketiga sama ada Pejuang atau sebaliknya,” katanya lagi.

“Pengajaran yang boleh diambil dari Slim adalah tiada isu mengenai kuasa ketiga. Ini hanya akan memecah undi dan mengelirukan rakyat”

“Saya rasa ini merupakan tanda soal bagi konsep PH plus. Ketika menentang UMNO dan BN, rakyat mahukan Pakatan Harapan, titik. Ringkas dan mudah,” tegasnya.

Walaupun ramai pemimpin dari Amanah seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Mohd Nizar Jamaluddin dan Mahfuz Omar turun berkempen bagi calon Pejuang, Amir Khusyairi, ketiadaan pemimpin DAP dan PKR seperti Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim amat dirasai.

“PH ada di sana untuk membantu dan kami tidak terlibat dalam perancangan atau pemilihan calon. Itu sepenuhnya tugas Pejuang,” kata Aziz lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat