Art of Speed Malaysia 2024 menutup tirai dengan gemilang: Pemotoran, hiburan dengan masej “hentikan keganasan”

- Advertisement -

Festival permotoran terulung Art of Speed (AOS) Malaysia 2024 telah menutup tirai dengan penuh cemerlang dan gemilang. Dengan tema “Stop The Violence”, festival tahun ini menyampaikan mesej cinta tanpa benci dan perpaduan tanpa sempadan, mendapat sambutan hangat sepanjang dua hari acara berlangsung.

AOS 2024, yang berlangsung dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam, berjaya mengumpulkan pelbagai komuniti kustom di kawasan seluas 452,084 kaki persegi di dalam dan 8.6 ekar di luar. Tradisi menjemput tetamu-tetamu antarabangsa yang ulung dalam genre kustom diteruskan, membolehkan pengunjung beramah mesra dengan pakar-pakar antarabangsa.

Pada tahun ini memperlihatkan tetamu yang lebih ramai lagi, seperti Shige Suganuma (Jepun), Ikon drift terkenal dunia Daigo Saito (Jepun), Katie’s Customs (Jepun), Nigel Petrie (Australia), Spinny (Thailand) dan ramai lagi tetamu antarabangsa yang hadir dan berjaya memeriahkan lagi festival AOS 2024.

Pelbagai aktiviti menarik seperti Roda Rumble 2024, La Cultura, Food Park, Bazar Vintaj Automobil, pelancaran produk, dan test ride zone memeriahkan AOS 2024. Nanostick turut serta dengan kempen berhenti merokok, menawarkan pengunjung untuk menukar rokok terakhir mereka dengan Nanostick secara percuma.

Acara kemuncak AOS 2024 adalah SoundCircus Takeover yang menampilkan barisan artis seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, dan ramai lagi. Persembahan mereka berjaya menghiburkan pengunjung yang hadir, menjadikan setiap persembahan tidak boleh dilupakan.

Hadiah utama tahun ini adalah perjalanan berbayar ke Jepun untuk menghadiri 32nd Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show 2024. Pemenang bertuah bagi hadiah ini adalah Fitri Wahyudi B. Suparno. Pada hari Ahad, hadiah utama adalah sebuah Honda Jazz yang dimodifikasi hasil kerjasama antara AOS dan QARTEL TV, dan pemenang cabutan bertuah ini adalah Muhammad Farish B. Mohd Fadzil.

Festival Art of Speed Malaysia 2024 telah meninggalkan kenangan manis kepada semua yang hadir, dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik, serta mesej perpaduan yang kuat. Pengunjung berharap untuk bertemu lagi di AOS 2025 dengan lebih banyak kejutan dan acara menarik.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat