Video: Jemaah Haji Tawaf Ikut SOP

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pertama kali dalam sejarah, umat Islam menunaikan ibadat haji ketika pandemik Covid-19 mengikut norma baru.

Kira-kira 1,000 jemaah memulakan ibadat selama lima hari bermula semalam, dengan mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Selain penjarakan sosial dan menjalani saringan kesihatan, Arab Saudi menetapkan had umur 65 tahun kepada jemaah dan tiada sebarang penyakit kronik.

Mereka juga diwajibkan memakai pelitup muka, dan dibekalkan kit bagi memudahkan ibadat, antaranya batu yang disteril bagi melontar jamrah, pembasmi kuman, sejadah dan kain ihram.

Jemaah juga dikehendaki menjalani kuarantin di rumah selepas menunaikan ibadat haji.

Arab Saudi berdepan peningkatan jangkitan Covid-19 yang kini mencecah lebih 164,000 kes, iaitu tertinggi dalam kalangan negara Teluk.

Media antarabangsa tidak dibenarkan membuat liputan kerana kerajaan mengetatkan kemasukan bagi mengelakkan risiko penularan wabak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat