Shafien Dilantik Ketua Polis Kelantan Yang Baharu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya Deputi Komisioner Sapiai@Shafien Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan yang baharu berkuat kuasa 1 September ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, Sapiai@Shafien adalah antara empat pegawai kanan yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa pada hari berkenaan.

Beliau berkata, jawatan Ahli LPJ, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya digantikan oleh Senior Asisten Komisioner Datuk Khalil Azlan Chik daripada Senior Asisten Komisioner Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan), Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman yang memangku pangkat Deputi Komisioner.

Ketua Polis Daerah Kerian, Perak Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ditukarkan ke daerah Kuala Kangsar, Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Asmawati berkata, Ketua Cawangan Khas Daerah Bau, Sarawak Deputi Superintendan Damataries Lautin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Lundu, Sarawak. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat