Noh Mahu Sedekah Jam Tangan Harga Berjuta Pada ‘Mulut Longkang’

- Advertisement -

Cyberjaya – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar menyatakan kecewa dengan sikap pembangkang yang menjadikan jam tangannya sebagai isu.

Noh yang juga merupakan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) turut menyelar Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad yang turut mensensasikan isu tersebut

“Saya ketawa bila baca berita pasal jam ni diviralkan. Lebih mengejutkan bila ahli parlimen Kangar (PH) pun tumpang sekaki tolong viralkan berita tak pasti mcm ni.

“Itulah standard Ahli Parlimen PH lagi menyedihkan jenama jam pun dia tak tau. Ternyata Haziq lebih cerdik dari ahli parlimen Kangar,” katanya melalui laman Facebook sebentar tadi.

Noh kemudiannya mencabar mereka yang mula menyebarkan berita palsu mengenai jam tersebut untuk datang berjumpa dengannya.

“Jadi, saya nak cabar siapa makcik atau pakcik bawang yang mulakan berita palsu ini sila jumpa saya sebab saya nak sedekah je jam yang famous ni kat dia,” ujarnya lagi.

Terdahulu Noh melalui laman Twitter turut mengemukakan cabaran yang sama.

“Saya cabar siapa yang mulut longkang dan kaki fitnah ni, sila jumpa saya dan saya boleh bagi free aje jam yang dkatakan harga berjuta ni,” ciapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat