Shafie Selesai Mengadap TYT, Umum PRN Mengejut 10 Pagi Esok?

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dijangka akan mengadakan satu sidang akhbar khas jam 10.00 pagi esok (hari ini).

Sidang akhbar tersebut dipercayai berkaitan pertemuan Shafie dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin malam tadi.

Shafie yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang dikatakan mengadap Tun Juhar pada jam 8 malam tadi sebelum dilihat meninggalkan Istana Negeri sekitar jam 11 malam.

Pertemuan tersebut diadakan beberapa jam selepas bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman mengumumkan telah mendapat sokongan majoriti Adun bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Ketika ditemui pemberita di kediaman rasminya, Mohd Shafie berkata segala kemelut politik yang berlaku hari ini (Rabu) dan intipati mesyuarat tertutup malam ini akan diumumkan esok (Khamis).

“Saya masih ketua menteri (Sabah) dan masih memiliki majoriti (ADUN).

“Esok ada satu sidang media dan semua akan saya ulas mengenai keadaan ini,” katanya secara ringkas.

Sementara itu sumber yang rapat dengan Shafie memaklumkan perbincangan meliputi kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri.

Bagaimanapun Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agak keberatan sekiranya diadakan pilihanraya negeri.

“Pilihan raya dalam keadaan Covid-19 dan sekatan ini masalah kita. Itu saya keberatan, kalau ada pilihan raya, jentera kita mesti dipersiapkan,” katanya selepas menemui pemimpin dan ahli PKR di Melaka malam tadi.

Terdahulu, Musa ketika mengadakan sidang media di kediamannya di Luyang, Kota Kinabalu, mendakwa memiliki majoriti sekaligus mengantikan kerajaan pimpinan Shafie.

Pada sidang media itu turut kelihatan beberapa Adun Warisan hadir yang menyatakan sokongan kepada Musa.

Tambah Musa, kumpulan yang diketuainya akan bergerak ke Istana Negeri untuk mengemukakan Surat Akuan ADUN yang akan ditandatangani dalam tempoh terdekat.

Untuk rekod, Dun Sabah terdiri daripada 60 kerusi wakil rakyat.

Lima lagi merupakan kerusi Adun dilantik.

Bagaimanapun difahamkan bahawa Adun dilantik tidak dapat menentukan kedudukan pentadbiran kerajaan negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat