PM Saran Institusi Perbankan Terus Bantu Individu dan PKS Memerlukan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan institusi perbankan bahawa mereka memainkan peranan yang penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi pascapandemik, terutamanya dalam membantu peminjam yang masih terkesan dan menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan mereka.

Justeru itu beliau menyarankan supaya institusi perbankan terus menawarkan bantuan bayaran balik pinjaman kepada individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memerlukan, termasuk bantuan penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman mereka.

Pada masa yang sama beliau menasihatkan peminjam yang bermasalah supaya merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan khidmat nasihat secara percuma dan bantuan bayaran balik pinjaman.

“Saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh institusi perbankan yang bersedia untuk membantu rakyat dan PKS,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Perdana Menteri terdahulu mengadakan sesi dialog bersama-sama wakil sektor perbankan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk mendapatkan buah fikir serta pandangan berkaitan ekonomi negara daripada segenap lapisan masyarakat.

Sesi dialog ini dihadiri oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Jessica Chew, serta pemimpin bank seperti AMMB Holdings Bhd (AmBank), Al-Rahji Bank, Bank Islam Malaysia, CIMB Group Holdings Bhd (CIMB), HSBC Bank, Maybank, Public Bank, RHB Bank dan Standard Chartered Bank.

Selain itu, beliau turut meminta industri perbankan untuk terus menyokong pembangunan usahawan mikro terutama golongan rentan melalui inisiatif seperti i-Tekad yang menawarkan modal permulaan dan pembiayaan mikro dengan menggunakan sumber gabungan dana daripada institusi kewangan dan dana kewangan sosial seperti zakat.

“Ketika kerajaan sedang merumus Naratif Ekonomi Madani, termasuk mengenal pasti sektor keutamaan bagi pertumbuhan dan pelaburan masa hadapan negara, kita juga hendaklah memastikan industri kewangan dan pasaran modal berinovasi selari dengan perubahan landskap global.”

“Saya turut menyeru supaya industri kewangan membawa wadah segar dalam mengekalkan Malaysia sebagai peneraju global bagi kewangan Islam serta membina kekuatan sektor elektrik dan elektronik (E&E)

“Alhamdulillah, pengekalan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada ‘A-‘ dengan tinjauan “Stabil” oleh S&P Global Ratings (S&P) baru-baru ini membuktikan hala tuju ekonomi negara berada pada landasan yang betul susulan pelbagai ikhtiar yang diambil bagi menyokong momentum pertumbuhan dan mengurangkan tekanan inflasi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat