PRK Chini: Anggota Polis Jadi Pengundi Pertama PRK Normal Baharu

SPRM tahan tiga individu dalang tipu tuntutan PERKESO

PUTRAJAYA: Dua beranak antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memalsukan dokumen bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)...

Peruntukan lebih 700 juta pound untuk keluar EU

PERUNTUKAN lebih £700 juta diumumkan oleh United Kingdom untuk menguruskan sempadannya selepas ia keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) akhir tahun ini. Ia bagi membiayai kos...

Bagi saya Buka Minda Bekas Menteri Kata Pak Wan

Kuala Lumpur - Syarikat yang membangunkan aplikasi MySejahtera, Kpisoft Malaysia Sdn Bhd adalah milik anak tempatan, bukan milik syarikat di luar negara meskipun ia...

Dewan Rakyat: Khalid Samad Dihalau Oleh Art Harun

Keputusan 'panas' pertama Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker) baharu, Azhar Azizan Harun ketika menaiki kerusi petang ini ialah mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid...

Nga Kor Ming Letak Jawatan Timbalan Speaker

KUALA LUMPUR: Nga Kor Ming petang ini telah meletak jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat. "Saya mengumumkan letak jawatan serta merta" katanya dalam sidang parlimen...

PEKAN – Bukan sekadar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Koperal Muhamad Muhaidin Haripen turut melakar sejarah sebagai individu pertama mengundi dalam suasana normal baharu bagi pilihan raya di negara ini.

Ditemui di pusat pengundian awal di Balai Polis Chini dekat sini, anggota berusia 36 tahun itu berkata proses mengundi kali ini berbeza berbanding tiga pilihan raya umum yang beliau lalui.

Pemangku Ketua Balai Polis Chini itu berkata, beliau perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khas yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Mula-mula kita akan daftar mengundi di pintu masuk dan perhatikan garisan jarak sosial yang disediakan dan ikut. Sampai ke titik pertama kita perlu jalani saringan suhu badan, pakai hand sanitizer masuk ke dalam pakai lagi sekali hand sanitizer baru pegawai SPR akan calitkan dakwat kekal dan pakaikan sarung tangan dan penutup mulut dan hidung sebelum mengundi,” katanya.

Pusat pengundian di Bilik Maklumat Balai Polis Chini di sini mula dibuka 8.00 pagi inii hingga 12 tengah hari ini bagi membolehkan 18 pengundi awal melibatkan anggota polis menunaikan hak mereka.

Sepanjang proses pengundian awal itu, pematuhan kepada garis panduan pencegahan COVID-19 berkuatkuasa seperti jarak sosial, amalan pemakaian pelitup separuh muka, penggunaan cecair pembasmi kuman dan sarung tangan serta saringan suhu badan.

Muhamad Muhaidin berkata, jika dahulu pengundi akan mencelup jari telunjuk ke dalam dakwat pilihan raya, namun kali ini berbeza apabila mereka perlu menghulurkan jari telunjuk kiri dan dicalitkan dengan berus.

Berus itu kemudiannya akan dibuang bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Seterusnya, kerani pengundian ketiga akan menyarungkan sarung tangan plastik dan barulah beliau menandakan kertas undi.

Seorang lagi anggota polis, Koperal Wan Nur Eza Ilmi Wan Zahari, 31, berkata beliau turut teruja mengundi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang pertama kali dibuat dalam sejarah pilihan raya negara.

“Bukan semua orang dapat mengundi dalam keadaan sebegini, ini detik berharga dalam hidup saya,” katanya.

Di dalam perkarangan balai polis itu, satu khemah khas Kementerian Kesihatan (KKM) turut disediakan buat pengundi yang mempunyai gejala mengikut bacaan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius.

Turut meninjau perjalanan proses pengundian awal ialah Pegawai Pengurus PRK Chini Datuk Zaliza Zulkifli, serta tiga calon bertanding – calon Barisan Nasional Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49 tahun.

Semasa proses pengundian awal, ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik SPR datang menyaksikan selain proses pengundian berkenaan turut disiarkan secara langsung atau ‘live streaming’ menerusi Facebook SPR.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian, Sabtu ini (4 Julai) di pusat pengiraan undi di Bilik Maklumat, Balai Polis Paloh Hinai.

Daftar pemilih bagi PRK DUN Chini mengandungi 20,990 pengundi yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal polis. Pemilih terdiri daripada 10,269 lelaki dan 10,721 perempuan.

DUN Chini, adalah satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan, menyaksikan PRK pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

SPRM tahan tiga individu dalang tipu tuntutan PERKESO

PUTRAJAYA: Dua beranak antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memalsukan dokumen bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)...

Dewan Rakyat: Khalid Samad Dihalau Oleh Art Harun

Keputusan 'panas' pertama Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker) baharu, Azhar Azizan Harun ketika menaiki kerusi petang ini ialah mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid...

ADUN Morib dipilih Timbalan Speaker DUN Selangor yang baharu

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang baharu. Hasnul yang mengangkat sumpah...